Ejekan Penyokong Risaukan Van Gaal

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 11:27 AM

Pemain United, Angel Di Maria dihalang pertahanan Burnley Ben Mee (kiri) yang membawa kepada tendangan penalti.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Mendengar penonton mengejek aksi pasukannya nyata membimbangkan Louis van Gaal yang sedar pentingnya kehadiran penyokong untuk membakar semangat pemain Manchester United.

Bagi pengendali pasukan itu, permainan yang dipamerakan untuk setiap perlawanan itu juga bagi menggembirakan penyokong.

“Saya boleh dengar penonton mengejek dan ia memang membimbangkan kerana kami bermain untuk penyokong.

“Penyokong adalah sebahagian daripada kelab ini dan mereka yang memastikan pasukan terus ‘bernyawa’, jadi penting buat kami jika dapat menggembirakan mereka sepanjang 90 minit perlawanan dan bukan sekadar 45 minit,” kata Van Gaal.

Menerusi perlawanan menentang Burnley pada Khamis, walaupun berjaya menumpaskan kelab bermasalah itu, United terpaksa bertungkus lumus untuk mengatasi lawan menerusi dua jaringan pemain gantian, Chris Smalling dan sepakan penalti, Robin van Persie.

Situasi itu membuatkan penyokong di Old Trafford kurang selesa terutama apabila lawan United itu menghuni tangga kedua tercorot dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Walaupun kemenangan 3-1 itu  kembali melonjakkan United ke tangga ketiga liga, namun corak permainan yang ditampilkan pasukan itu musim ini dikritik kerana dilihat berbeza daripada identiti sebenar Red Devils.

“Memamg diakui kami terpaksa bergelut untuk mencatat kemenangan dan pada masa sama kami bertuah kerana kerana masih mendapat sokongan," katanya yang tidak gembira dengan persembahan yang ditunjukkan pemainnya.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan