Liverpool Dijangka Bertemu Harimau Malaya Julai Ini

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 5:02 PM

Kali terakhir Malaysia bertemu Liverpool pada tahun 2011.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kelab tersohor Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, dijangka akan kembali beraksi dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Harimau Malaya, Julai ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah kunjungan kelab tersebut masih dalam peringkat perbincangan dan pengesahan tentang perlawanan itu akan diketahui selewat-lewatnya bulan depan.

"Untuk peminat bola sepak negara, pasukan Liverpool bercadang untuk mengunjung ke Malaysia tetapi perkara ini belum dimeterai. Kami jangkakan perlawanan tersebut akan diadakan pada dua minggu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Julai ini," titah baginda. 

Tengku Abdullah bertitah demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali ketiga bagi penggal 2014-2018 di Wisma FAM, Kelana Jaya, pada Khamis.

Kali terakhir pasukan Liverpool beraksi di Malaysia ialah pada tahun 2011 dengan menewaskan Harimau Malaya 6-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam perkembangan lain, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Ivory Coast akan diketahui selewat-lewatnya Selasa ini.

"Jika perlawanan menentang Ivory Coast tidak dapat diadakan, pasukan negara akan menentang Syria.

Pasukan Syria telah bersetuju untuk mengadakan perlawanan di sini sekiranya pasukan Ivory Coast tidak dapat datang," kata Hamidin.

Beliau berkata perlawanan tersebut akan diadakan pada 28 Mac ini di Stadium Ipoh, Perak.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Harimau Malaya

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan