Smalling Bantu United Menang Bergaya Ke Atas Burnley

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 7:28 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER: Pemain pertahanan, Chris Smalling menjaringkan dua gol bagi membantu kemenangan 3-1 Manchester United ke atas Burnley, sekali gus kembali melonjak ke kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris, awal pagi Khamis.

Ketika pemilik United, Avi dan Joel Glazer muncul di Old Trafford, Burnley bagaimanapun terlebih dahulu mencuri tumpuan apabila kerap kali mengucar-kacirkan pertahanan United seawal wisel permulaan.

Smalling yang dimasukkan menggantikan Phil Jones yang cedera pada minit ke-5, berjaya menanduk masuk gol ke gol lawan hanya selepas 22 saat di atas padang.

Namun, Burnley mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-12 dan kedudukan terikat 1-1 itu berlarutan sehingga tamat masa pertama.


Sebaik permainan masa kedua bermula, Smalling sekali lagi menanduk masuk mudah hantaran mudah untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Robin van Persie kemudian menyempurnakan penalti pada minit ke-82 untuk memastikan United merebut tiga mata penuh. 

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan