Paul Lambert Dipecat Sebagai Pengurus Aston Villa

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 2:42 PM

Aston Villa akhirnya hilang sabar dengan Paul Lambert lalu mengambil keputusan untuk memecatnya pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

> Lambert dipecat selepas Villa berada dalam zon penyingkiran pada Rabu

> Mereka tewas kepada Hull City dalam perlawanan terakhir

> Jurulatih Scott Marshall dan Andy Marshall diberi tanggungjawab sementara

> Villa akan bertemu Leicester City di pusingan kelima Piala FA pada Ahad

ASTON Villa pada Rabu membuat keputusan untuk memecat pengurus mereka Paul Lambert yang suatu ketika dahulu dilabelkan sebagai salah seorang pengurus British paling berbakat selepas Sir Alex Ferguson.

Malah Lambert pernah memenangi Piala Eropah sebagai pemain tengah Borussia Dortmund pada musim 1996-97 menumpaskan Juventus 3-1. Juventus ketika itu diwakili oleh  Zinedine Zidane.

Lambert menjadi pengurus Aston Villa sejak 2 June 2012.

Bagaimanapun kekalahan 0-2 di tangan Hull City pada malam Selasa yang menyaksikan Villa jatuh ke tangga ke-18 liga sudah cukup untuk membuatkan Villa bertindak memecatnya dengan serta merta.

Sehubungan dengan itu, Villa turut mengumumkan yang tempat Lambert akan diambil alih oleh jurulatih Scott Marshall dan Andy Marshall sehingga seorang calon baru dikenalpasti.

Villa dijadual untuk bertemu Leicester City pada pusingan kelima Piala FA Ahad ini.

Kedudukan Villa di tangga tiga terbawah liga boleh mencetuskan 'huru-hara' kerana kebanyakan pemain telah menandatangani klausa penurunan yang bakal menyaksikan gaji mereka dipotong antara 30 hingga 50 peratus seandainya tersingkir ke liga bawah musim depan.

Aston Villa yang berpusat di bandar Birmingham, adalah kebanggaan masyarakat setempat. Mereka pernah menjulang Piala Eropah sekali di tahun 1982 dan ini mendorong satu kempen dilancarkan untuk mendesak lembaga pengarah kelab itu memecat Lambert.

Peter Withe, pemain yang menjaringkan gol tunggal kemenangan Villa dalam final Piala Eropah 1982 turut menggesa supaya seorang yang benar-benar dapat menjiwai sejarah kelab ini dilantik sebagai pengurus yang baru.

"Kita memerlukan seorang yang dapat membawa peminat kembali ke pangkuan kita dan seseorang yang benar-benar dapat menyelamatkan kelab ini daripada malapetaka (jatuh ke liga bawah)," tegas Withe.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan