Kapten Harimau Muda Gesa Rakan Sepasukan Terus Fokus

Diterbitkan: Khamis, 12 Februari 2015 12:01 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kapten Harimau Muda, Nazirul Naim Che Hashim mengakui teruja dengan aksi luar jangkaan rakan-rakan sepasukannya ketika saingan Piala Emas Bangabandhu yang menyaksikan skuad muda negara ini bergelar juara.

Bekas pelatih kelab Liga Jepun FC Ryukyu ini mengimbas kembali kenangan manis di Bangladesh minggu lalu yang ternyata telah memberi semangat positif untuk berdepan dengan kejohanan lain selepas ini.

"Setiap pemain menunjukkan semangat tidak mudah berputus ada. Saya sendiri terkejut apabila mereka melakukan sesuatu yang di luar jangkaan saya.

"Dengan tahap permainan yang tinggi, tempo yang laju, kami berjaya mengatasinya dengan baik dan secara peribadi saya cukup berbangga," jelasnya yang bermain di posisi bek kiri.

Menurut Nazirul,21, kejayaan ini dianggap sebagai landasan untuk terus bekerja keras menjelang saingan Kelayakan Piala AFC B23 2016 bermula Mac ini.

"Saya berharap rakan-rakan dalam pasukan terus memberi fokus ketika latihan serta berusaha bersungguh-sungguh pada saingan kelayakan AFC nanti.

"Saya juga yakin jurulatih juga telah merancang persiapan rapi termasuk perlawanan persahabatan antarabangsa dalam masa terdekat ini.

"Kami semua akan cuba mempamerkan prestasi terbaik agar terpilih dalam barisan utama pasukan nanti.

"Pemilihan pemain bukan masalah saya kerana percaya apa sahaja pilihan jurulatih adalah untuk kebaikan pasukan," jelasnya.

Aksi kelayakan Piala B-23 2016 AFC (Kumpulan I) akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Malaysia bakal bertemu Vietnam (27 Mac) diikuti Macau (29 Mac) dan Jepun pada 31 Mac.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan