Siem de Jong Berehat Panjang Selepas Pembedahan Paru-Paru - Bola Sepak | mStar

Siem de Jong Berehat Panjang Selepas Pembedahan Paru-Paru

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 3:47 PM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Newcastle United, Siem de Jong terpaksa berehat selama lapan minggu selepas menjalani pembedahan masalah paru-paru yang dialaminya.

De Jong berdepan dengan masalah paru-paru buat kali kedua selepas tahun 2013 ketika bersama Ajax dan telah menjalani pembedahan pada Selasa.

Menurut kenyataan kelab;"Newcastle United mengesahkan Siem de Jong menderita dengan penyakit pneumotoraks (kebocoran udara dalam paru-paru) sama seperti yang dialaminya ketika bersama kelab Ajax pada tahun 2013.

"De Jong telah menjalani pembedahan dan dijangka tidak akan beraksi dalam tempoh lapan minggu".

De Jong hanya beraksi satu perlawanan liga sahaja musim ini selepas berdepan dengan kecederaan sejak September lalu.

"Selepas empat bulan berusaha memulihkan kecederaan, dia kembali menderita.

"Kami berharap dia akan sembuh dan tidak lagi berdepan dengan situasi itu".

Tags / Kata Kunci: siem de jong , newcastle united
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan