Sentuhan Sulung Jurulatih Harimau Muda Berhasil

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 3:15 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kejayaan skuad Harimau Muda Bawah 22 Tahun (B-22) menggondol trofi pertama pada aksi Piala Emas Bangabandhu di Dhaka, Bangladesh Ahad lalu dianggap sebagai ‘ibu semangat’ untuk berdepan dengan kejohanan lebih besar selepas ini.

   

Pengendali pasukan, Mohd Razip Ismail menjelaskan kejayaan itu adalah sikap konsisten semua pemain sejak perlawanan pertama hinggalah ke final. 

“Pada mulanya kami mengambil bahagian dalam kejohanan ini sebagai persediaan dan pendedahan kepada pemain-pemain tetapi apa yang mereka pamerkan sepanjang aksi ini amat membanggakan.

“Mereka tidak ada perasaan gentar bertemu dengan pasukan kebangsaan Bangladesh dan Sri Lanka malah mampu bermain seperti biasa.

“Ia sesuatu yang positif kerana dengan tempoh latihan yang pendek, mereka dapat menyesuaikan diri dengan cepat,” jelasnya sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bersama pasukan lewat petang Selasa.

Namun, Mohd Razip,53, mengakui tugasnya masih belum selesai kerana cabaran besar menunggu pada aksi Kelayakan Piala AFC B23 2016 bermula Mac ini.

“Memang tidak dinafikan kejayaan itu menjadi suntikan semangat kepada pasukan, tetapi terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki kerana kami sedar pasukan lawan selepas ini mungkin akan lebih baik.

“Pun begitu, pemain -pemain tahu apa yang saya inginkan malah mereka tidak akan berada dalam keadaan selesa dan perlu terus berusaha untuk meningkatkan prestasi masing-masing,” jelasnya.

Sementara itu Indeks Prestasi Utama (KPI) sebenar Mohd Razip bakal dinilai berdasarkan aksi kelayakan Piala AFC bulan depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu melihat pasukan Harimau Muda ini beraksi di pentas akhir.

“Bagi saya pasukan Harimau Muda banyak KPI termasuk di Bangladesh ini, Liga Singapura serta kelayakan Piala AFC nanti.

“Kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk melayakkan diri ke final. Saya mengambil sasaran itu sebagai semangat dan tidak ada tekanan.

“Kami akan terus mengisi masa yang ada sebelum kejohanan bermula 23 Mac ini dengan mengadakan beberapa siri perlawaan persahabatan bagi memberi peluang kepada semua pemain yang ada bersaing merebut sebelas posisi utama pasukan.

“Malah akan turut membuka peluang kepada pemain-pemain muda yang beraksi dalam Liga Malaysia. Jika menepati ciri-ciri yang dikehendaki saya akan melihat jadual perlawanan mereka,” jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Mohd Razip Ismail , Harimau Muda

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan