JDT Gagal Ke Pusingan Kelayakan Ketiga

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 12:12 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Wakil tunggal negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal meneruskan kemaraan ke pusingan kelayakan ketiga Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2015 selepas tumpas 0-3 kepada Bangkok Glass FC dari Thailand di Stadium Leo, Bangkok, malam Selasa.

Tiga gol kelab Liga Perdana Thailand itu dijaringkan oleh Narong Jansawek pada minit ke-28 serta dua gol daripada Lazarus Kaimbi pada minit ke-52 dan 62, demikian menurut laman sesawang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) www.the-afc.com.

Bangkok Glass FC bakal berdepan wakil dari China, Beijing Guoan di Beijing Workers Stadium, Beijing pada 17 Februari ini.

Pemenang perlawanan pusingan kelayakan ketiga itu akan beraksi dalam kumpulan G ACL bersama-sama tiga kelab gergasi Asia yang layak secara automatik iaitu Brisbane Roar dari Australia, Urawa Red Diamonds (Jepun) dan Suwon Blue Wings dari Korea Selatan.

Kekalahan itu menyaksikan JDT hanya sekadar beraksi dalam kumpulan F saingan Piala AFC bersama Kitchee FC dari Hong Kong, East Bengal (India) dan Balestier Khalsa dari Singapura.

Untuk rekod, JDT sebelum ini menang 2-1 ke atas kelab dari India, Bengaluru FC pada pusingan kelayakan pertama ACL di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Baharu pada 4 Februari lepas.

Satu lagi wakil negara, Pahang pula berdepan cabaran tiga pasukan lain dalam kumpulan G Piala AFC iaitu Global FC dari Filipina, Yadanarbon (Myanmar) serta wakil Hong Kong, South China.

Saingan Piala AFC 2015 bermula pada 24 Februari, melibatkan penyertaan 32 pasukan.

Tags / Kata Kunci: ACL 2015 , JDT

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan