Liverpool Sedia Tawaran 'Hebat' Buat Raheem Sterling

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 7:57 AM

Raheem Sterling. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

LIVERPOOL dikhabarkan telah menyediakan tawaran yang 'hebat' untuk mengikat pemain Raheem Sterling supaya terus beraksi buat pasukan itu.

Perjanjian baharu itu dikatakan membabitkan tempoh yang panjang.

Pengurus pasukan, Brendan Rodgers mengatakan pihaknya sudah membuat rundingan mengenai kontrak baharu bersama Raheem Sterling. 

Langkah tersebut dibuat untuk mengikat pemain itu daripada berpindah ke kelab lain.

Difahamkan, Real Madrid merupakan kelab yang paling menginginkan Sterling. Namun, hasrat itu mungkin tidak kesampaian kerana Sterling bakal menyambung kontrak baharunya yang dikatakan 'hebat' bersama Liverpool.

"Kelab telah menawarkan Sterling menerusi perjanjian yang luar biasa. Saya sudah berbincang dengannya beberapa kali dan dia mengakui sangat selesa berada di sini (Liverpool)," kata Rodgers.

"Sekarang dia telah mendapatkan penghargaan menerusi tawaran itu dan mudah-mudahan dia segera mencapai persetujuan dengan kelba ini," tambah Rodgers.


Tags / Kata Kunci: Raheem Sterling

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan