Skuad Harimau Muda Perlu Kekal Momentum - Rozabil

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 12:50 PM

Skuad Harimau Muda meraikan kejayaan menjulang trofi kejuaraan Piala Emas Bangabandhu Ahad lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kontroversi peralihan tugas bagi mengendalikan skuad Harimau Muda yang timbul Disember lalu akhirnya lenyap selepas pasukan Bawah 22 Tahun (B-22) negara berjaya menjulang trofi Piala Emas Bangabandhu di Bangladesh, Ahad lalu.

Mohd Razip Ismail yang dilantik sebagai pengendali B-22 negara berjaya membuktikan bahawa sentuhannya juga mampu menghadiahkan trofi buat Malaysia selepas mengetepikan skuad kebangsaan Bangladesh 3-2 pada aksi final di Dhaka.

Pun begitu pengurus pasukan Datuk Rozabil Abd Rahman mengakui perjalanan skuad Harimau Muda masih jauh.

"Indeks Prestasi Utama (KPI) sebenar pemain dan pengurusan skuad ini berdasarkan pencapaian pada aksi Kelayakan Piala AFC B-23 2016 yang akan bermula 23 Mac ini.

"Namun saya tidak nafikan bahawa semua pemain telah menunjukkan semangat juang yang tinggi di Bangladesh sejak aksi di peringkat kumpulan lagi.

"Mereka tidak gentar berdepan dengan pasukan kebangsaan Bangladesh dan juga Sri Lanka. 

"Sikap mereka ini amat membanggakan, begitu juga dengan jurulatih yang tidak memberi ruang walaupun  pasukan negara lain masing-masing menghantar skuad Olimpik mereka," katanya kepada mStar Online.

Rozabil berkata, kejayaan ini sekurang-kurangnya mampu memberi semangat kepada skuad Harimau Muda menjelang aksi penting, Mac ini.

"Momentum di Bangladesh itu perlu dikekalkan. Malah mereka juga berjaya mengharungi tekanan ketika aksi final berdepan dengan lebih 40,000 penyokong tuan rumah.

"Saya yakin perancangan teratur yang disediakan untuk Harimau Muda membuatkan mental mereka lebih kuat.

"Selepas ini pemain-pemain akan meneruskan latihan persiapan dan turut berdepan dengan beberapa perlawanan persahabatan.

"Dalam masa sama pemain-pemain akan meneruskan 'kelas tambahan' dengan mendalami aspek psikologi, nutrisi dan sebagainya bersama Institut Sukan Negara (ISN)," katanya.

Sebelum aksi kelayakan itu, skuad Harimau Muda akan terbang ke Surabaya berdepan dengan pasukan Olimpik Indonesia pada 17 Februari ini, pasukan B-20 Fiji (23 Februari) dan seterusnya skuad B-23 Pakistan pada 26 Februari ini.

"Mereka juga akan beraksi pada empat perlawanan dalam Liga Singapura dan kami menyasarkan skuad muda ini berjaya mencatat kemenangan. Bukan sekadar penyertaan semata-mata dalam liga itu.

"Manakala bagi aksi kelayakan nanti, kami realistik kerana lawan-lawan dalam Kumpulan I bukan calang-calang.

"Apa yang penting semua pemain perlu berjuang habis-habisan ketika bertemu Vietnam, Jepun dan Macau nanti.

"Rata-rata pemain Vietnam adalah muka yang sama ketika aksi Piala AFF Suzuki baru-baru ini dan kita sedar sejauh mana kekuatan mereka," tambah Rozabil.

Aksi kelayakan Piala B-23 2016 AFC (Kumpulan I) akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Malaysia bakal bertemu Vietnam (27 Mac) diikuti Macau (29 Mac) dan Jepun pada 31 Mac.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan