Angel Di Maria Akui Masalah Bahasa & Cuaca Jejas Prestasinya

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 2:29 PM

Angel Di Maria (kanan) akui cuaca sejuk di Britain dan masalah bahasa mempengaruhi prestasinya.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN bolasepak termahal Britain, Angel Di Maria mengakui yang dia berhadapan dengan masalah bahasa dan cuaca sehingga menjejaskan prestasi mingguannya bersama Manchester United.

Pemain dari Argentina itu telah dikritik oleh media massa Britain kerana prestasinya yang semakin merosot sekarang.

Akhbar Britain, The Mirror melaporkan yang Di Maria tidak biasa dengan cuaca sejuk dan juga hujan yang kerap turun di Utara England sejak dia berpindah ke Manchester dari Real Madrid pada harga rekod, £59.7 juta awal musim ini.

Sejak menyertai United, Di Maria telah bermain sebanyak 19 kali dan menjaringkan tiga gol.

Satu lagi masalah utamanya ialah bahasa. Berasal dari Argentina, bahasa ibunda Di Maria ialah bahasa Sepanyol dan dia mendapati mempelajari bahasa Inggeris adalah sesuatu yang sukar baginya.

"Tapi saya sedang mempelajari bahasa Inggeris sebaik yang mungkin. Saya sedang mengikuti kelas bahasa secara intensif. Cuma soal cuaca sahaja yang masih tidak banyak membantu saya menyesuaikan diri di Manchester. Lain dari itu saya ok di sini," ujarnya.

Namun menurut Di Maria dia bernasib baik kerana masyarakat di sini dan juga para penyokong United sentiasa membuatkan dia rasa dikehendaki dan disayangi.

Malangnya, rumah Di Maria baru-baru ini cuba dimasuki pencuri sekaligus menimbulkan rasa khuatir dan bimbang di dalam dirinya dan juga ahli keluarganya.

Mereka telah berpindah ke hotel buat sementara waktu. 


iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan