Seri 1-1 Dengan West Ham, United Gagal Pintas Southampton

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 7:29 AM

Pemain tengah Manchester United, Daley Blind (kiri) berebut bola dengan penyerang West Ham United, Enner Valencia dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Boleyn Ground, Upton Park, awal pagi Isnin. - Foto AFP

(Ubah saiz teks)

LONDON: Gol daripada Daley Blind pada minit terakhir permainan menyelamatkan Manchester United bangkit untuk mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang West Ham di Upton Park, awal pagi Isnin. 

Bagaimanapun, dengan keputusan berkenaan anak buah Louis Van Gaal gagal memintas Southampton ke tempat ketiga Liga Perdana Inggeris.

Penyudah hebat Cheikhou Kouyate memberikan West Ham gol pendahuluan pada minit ke-49 selepas dia mengawal bola hasil sepakan percuma Mark Noble sebelum merembat masuk membocori gawang pelawat.

Gol itu satu ketika memberi bayangan West Ham mampu mengutip semua mata sebelum Blind merembat masuk gol penyamaan selepas Marcus Rojo menolak bola masuk ke kotak penalti.

Pemain pertahanan United, Luke Shaw dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit-minit terakhir perlawanan. 

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan