Tengku Abdullah Ucap Tahniah Kepada Skuad Harimau Muda - Bola Sepak | mStar

Tengku Abdullah Ucap Tahniah Kepada Skuad Harimau Muda

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 9:17 PM

Pasukan Harimau Muda meraikan kejayaan merangkul Piala Emas Bangabandhu di Bangladesh, Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Muda (bawah 22 tahun) atas kejayaan merangkul Piala Emas Bangabandhu di Bangladesh pada Ahad.

"Tahniah Malaysia dalam menjuarai Piala Emas Bangabandhu, bangga dengan anda dalam membawa pulang trofi. Sesungguhnya satu kemenangan yang memang wajar," kata baginda dalam tweetnya.

Skuad muda kendalian Razip Ismail menamatkan penantian 18 tahun selepas mengalahkan Bangladesh 3-2 dalam final, selepas menjuarai edisi sulung pada 1996.

Selain Malaysia dan tuan rumah Bangladesh, kejohanan itu turut disertai oleh Thailand, Bahrain, Sri Lanka dan Singapura.

Kejohanan itu merupakan persediaan skuad negara menghadapi saingan Liga Singapura (Liga-S) 2015 awal bulan depan serta pusingan kelayakan Piala AFC 2016 (bawah 23 tahun) di sini dari 27 hingga 31 Mac ini.

Tags / Kata Kunci: FAM , Harimau Muda , Bangabandhu , Bangladesh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan