Ivory Coast Juara Piala Negara-Negara Afrika 2015

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 5:13 PM

Toure menjulang trofi juara Piala Negara-Negara Afrika selepas menewaskan Ghana.

(Ubah saiz teks)

PASUKAN bola sepak Ivory Coast menjulang trofi juara Piala Negara-Negara Afrika 2015 selepas mencatat kemenangan penuh dramatik ke atas Ghana melalui jaringan penalti 9-8.

Boubacar Barry menjadi wira Ivory Coast selepas meledak penalti kemenangan awal pagi Isnin.

Pada aksi perlawanan itu, kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga permainan sebenar tamat walaupun masing-masing berpeluang menjaringkan gol.

Sementara itu, pemain Manchester City, Yaya Toure mengakui kemenangan ini penuh bermakna berbanding trofi yang pernah dijulang bersama kelab Liga Perdana Inggeris.

Toure yang pernah menjulang dua kali trofi La Liga dan Liga Juara-Juara bersama Barcelona serta dua gelaran juara liga dan Piala FA bersama City menjadi salah seorang pemain yang menjaringkan gol penalti pada aksi final ini.

Kejayaan ini sekali gus mengubat kekecewaan Toure yang telah beraksi enam kali dalam kejohanan ini dengan menamatkan saingan sebagai naib juara pada tahun 2006 dan 2012.

"Sukar menggambarkan kegembiraan hari ini. Apabila kamu bergelar juara bersama kelab, ia sesuatu yang menakjubkan tetapi untuk negara ia sukar dipercayai.

"Saya sangat teruja dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi semangat kepada kami," jelasnya.

Walaupun Ghana mendahului jaringan penalti dengan 2-0, Ivory Coast bangkit memastikan tiada kesilapan sebelum mencatat keputusan tipis 9-8.

Selain itu, kejayaan ini merupakan rekod kemenangan kedua secara penalti buat pengendali Herve Renard yang sebelum ini bersama Zambia menumpaskan Ivory Coast pada tahun 2012.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan