Malaysia Muncul Juara Piala Emas Bangabandhu 2015 - Bola Sepak | mStar

Malaysia Muncul Juara Piala Emas Bangabandhu 2015

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 10:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 22 Tahun negara (Harimau Muda) muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Bangabandhu 2015 selepas menewaskan Bangladesh 3-2 pada aksi final di Stadium Nasional Bangabandhu, Bangladesh, Ahad.

Kemenangan tersebut adalah kedua diraih Malaysia selepas muncul juara edisi pertama pada 1996 menerusi kemenangan 2-1 ke atas kelab dari Indonesia, PSM Makassar.

Pada aksi Ahad, kapten pasukan Nazirul Naim Che Hashim meletakkan skuad negara di hadapan pada minit ke-31 menerusi sepakan percuma cantik pada perlawanan yang disiarkan secara langsung oleh sebuah televisyen berbayar.

Penyerang, S. Kumaahran menggandakan jaringan skuad negara pada minit ke-40 selepas mudah menolak masuk bola melalui hantaran rakan sepasukan.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah mengubah rentak permainan dengan lebih banyak melakukan serangan dan berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi tandukan Jahid Hasan Ameli pada minit ke-48.

Enam minit kemudian, Bangladesh menyamakan kedudukan menerusi Yeasin Khan yang menanduk masuk bola hasil sepakan sudut oleh kapten pasukan, Mohd Mamunul Islam.

Mohd Faizat Ghazli, bagaimanapun muncul wira skuad negara apabila menanduk masuk gol kemenangan, hasil sepakan sudut Muhammad Syazwan Andik Mohd Ishak pada masa kecederaan, bagi mengesahkan kejuaraan milik skuad kendalian Razip Ismail itu.

Kejohanan berkenaan merupakan persediaan Razip bagi menghadapi Liga Singapura 2015, awal bulan depan selain pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun 2016, dari 27 hingga 31 Mac ini. 

Selain Malaysia dan Bangladesh, Piala Emas Bangabandhu turut disertai Thailand, Bahrain, Sri Lanka dan Singapura.

Tags / Kata Kunci: Piala Bangabandhu
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan