Kes Pecah Rumah: Di Maria Tinggalkan Man United?

Diterbitkan: Sabtu, 7 Februari 2015 9:52 AM

(Ubah saiz teks)

LOUIS VAN GAAL dilaporkan bimbang kejadian pecah rumah yang menimpa keluarga Angel Di Maria akan menjejaskan kontrak jangka masa panjang pemain itu di Manchester United.

Keluarga Di Maria kini menginap di hotel kerana masih bimbang untuk pulang selepas kediaman mereka dimasuki perompak pada Sabtu lalu.

Isterinya dikatakan masih terkesan dengan kejadian itu kerana bimbang akan keselamatan anak perempuan mereka yang berusia 21 bulan.

Ditanya mengenai kebimbangan terhadap pemain bernilai £59.7 itu, Van Gaal memberitahu," Ya, ya memang betul. Dalam prinsip kemanusiaan, keadaan sekeliling sangat penting.

"Di Maria hanya bimbang terhadap keselamatan anak dan isterinya. Saya telah bercakap dengannya dan dia mahu bermain ketika menentang Cambridge, saya berikan dia peluang bermain.

"Saya telah membuat keputusan untuk tidak menurunkan Di Maria, tetapi oleh kerana dia ingin bermain saya turunkan. Jika hatinya gembira, dia pasti akan bermain dengan lebih baik."

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Angel Di Maria

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan