Van Gaal Kena Dakwa Akibat Pertikai Pengadil

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2015 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris mendakwa Louis van Gaal kerana mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya kepada pengadil Chris Foy bulan lalu.

Tindakan terhadap pengendali Belanda itu diumumkan badan induk itu selepas menimbangkan pelbagai perkara susulan insiden berkenaan.

Kenyataan FA yang dikeluarkan itu menyebut: “Pengurus Manchester United didakwa mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya terhadap pengadil.”

Berikutan itu, Van Gaal diberi tempoh hingga Isnin ini untuk menjawab dakwaan terhadapnya.

Dalam insiden itu, Foy mengadili perlawanan yang menyaksikan skuad kendalian Van Gaal, Manchester United seri tanpa jaringan dengan pasukan divisyen empat Cambridge United pada pusingan keempat Piala FA, 23 Januari lalu.

Selepas perlawanan di Stadium Abbey itu, Van Gaal meluahkan rasa tidak puas hati dengan corak pengadilan Foy.

“Setiap perkara membabitkan perlawanan itu memang tidak memihak kepada kami.

“Pasukan lawan pula bermain dengan baik dan bertahan tetapi lihat pula corak pengadilan pada perlawanan ini," katanya.

Ketika wartawan meminta Van Gaal menerangkan mengenai kenyataannya kepada Foy, beliau berkata: “Berikan pendapat anda sendiri, saya tidak akan menghuraikannya.”

 


Tags / Kata Kunci: FA Inggeris , Louis Van Gaal , Chris Foy

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan