Mat Yo Senjata Utama ATM - Hai-O

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2015 3:33 PM

Hairuddin Omar

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Norshahrul Idlan Talaha bakal menjadi senjata utama pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam saingan LigaMalaysia 2015, kata kapten pasukan berkenaan Hairuddin Omar.

Hairuddin berkata kehadiran Norshahrul atau turut dikenali sebagai Mat Yo di barisan hadapan serta diperkuatkan dengan barisan pemain import baharu, mampu memberi kelebihan kepada skuad ATM untuk merangkul kejuaraan musim ini.

"Saya lihat, gandingan pemain baharu dan lama begitu bersemangat. Kita memiliki Mat Yo serta beberapa pemain import baharu dan mereka sudah serasi.

"Ini dapat dilihat semasa perlawanan persahabatan di Bangkok awal Januari lepas," jelasnya yang lebih dikenali sebagai Hai-O.

ATM turut dibarisi empat pemain import baharu iaitu Obina Nwaneri dan Abdulafees Abdulsalam dari Nigeria, Jerry Nelson Palacios Suazo (Honduras) dan Mario Karlovic (Australia).

Sementara, pemain tempatan baharu ialah Abdul Shukur Jusoh, Mohd Fadzi Shaari, Norshahrul, Muhammad Azreen Zulkafali, Mohamad Fazrul Hazli Mohd Kadri,Mohd Afiq Amsyar A.Salamat, Razi Effendi Suhit dan Azmeer Yusof.

Dalam pada itu, Hai-O yakin jurulatih, B. Sathianathan sudah mendapat gambaran pemain yang bakal diturunkan dalam perlawanan pembuka tirai Liga Super 2015 berdepan Kelantan pada Sabtu ini, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi yang merupakan venue pasukan berkenaan.

"Sasaran satu piala Liga Malaysia...saya yakin ATM mampu capai. Saya harap musim ini bakal menjadi musim bermakna bagi saya yang bercadang mahu mengakhiri karier dalam bola sepak tahun ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: ATM , Hai-O , Mat Yo

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan