Remezey Terlepas Aksi Pembukaan Liga Perdana

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 12:45 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan beraksi tanpa penjaga gol utamanya Remezey Che Ros pada perlawanan pembukaan Liga Perdana menentang Kuantan FA pada   Jumaat kerana pemain itu baru menjalani pembedahan membuang batu karang.

Remezey, 33, berkata beliau menjalani pembedahan pada Selasa lepas, dan  mungkin tidak dapat menyertai dua atau tiga perlawanan sehingga kesihatannya pulih.

"Sabtu ini adalah pemeriksaan susulan terakhir. Selepas itu, mungkin ambil masa seminggu atau lebih untuk menjalani latihan ringan.

"Walau siapa pun yang bermain, saya berharap mereka dapat buat yang terbaik dan konsisten pungut mata demi kejayaan pasukan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sebelum memilih haluan ke Pulau Pinang pada musim ini, Remezey menyarung jersi PKNS FC selama tiga tahun sehingga 2014 selain pernah beraksi untuk pasukan PDRM, Pahang dan Kuala Lumpur.

Sementara itu, ketua jurulatih Jacksen F. Tiago berkata walaupun terpaksa merombak sedikit barisan pemain pada saat-saat akhir, ia tidak menggoyahkan persediaan rapi anak buahnya.

Beliau berkata Sani Anuar Kamsani dan Khairul Amri Salehuddin sedang dipertimbang bagi mengisi kekosongan slot penjaga gawang utama dalam perlawanan pertama menentang Kuantan FA di Stadium Bandaraya itu.

"Daripada apa yang ditampilkan semasa tempoh percubaan dan latihan kedua-duanya bagus. Kesemua 24 pemain yang tinggal telah diuji sepenuhnya...siap tampil tiada keraguan lagi," katanya.

Mengulas mengenai kekalahan menentang Felda United 0-1 dan Selangor 1-3 pada 26 Jan dan 29 Jan lepas, Tiago melihat ia sebagai pengajaran kepada pemain untuk tidak terlalu yakin dan lebih berhati-hati pada masa depan.

Skuad Harimau Kumbang mencatat rekod lima kali menang, tiga seri dan dua kalah dalam 10 siri perlawanan pramusim 2015 dengan 16 jaringan gol.

Tags / Kata Kunci: Pulau Pinang , Liga Perdana

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan