Malaysia Mara Ke Final Piala Emas Bangabandhu Di Bangladesh - Bola Sepak | mStar

Malaysia Mara Ke Final Piala Emas Bangabandhu Di Bangladesh

Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 10:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gol tunggal S.Kumaahran pada minit ke-50 mengesahkan tempat Skuad Harimau Muda di dalam perlawanan akhir Piala Emas Bangabandhu 2015.

Pasukan bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara menewaskan Singapura 1-0 di dalam perlawanan separuh akhir yang berlangsung di Stadium Daerah Sylhet, Bangladesh, Khamis malam.

Skuad bimbingan Razip Ismail bakal berdepan sama ada tuan rumah Bangladesh atau Thailand yang akan bertemu dalam satu lagi perlawanan separuh akhir pada Jumaat.

Perlawanan akhir kejohanan itu dijadualkan pada Ahad ini, di Stadium Bangabandhu, Dhaka.

Skuad B-22 negara muncul juara Kumpulan A selepas menewaskan tuan rumah Bangladesh 1-0, Khamis lepas sebelum menang 2-0 ke atas Sri Lanka Sabtu lalu untuk menempah pertemuan dengan naib juara Kumpulan B, Singapura.

Singapura diundi dalam Kumpulan B bersama Thailand B-22 dan Bahrain B-22.

Negara di seberang tambak itu tewas kepada Thailand 3-2, sebelum seri 0-0 dengan Bahrain B-22.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan