Kafa Perlu Peruntukan Lebih RM10 Juta Tahun Ini - Annuar

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 8:03 PM

Barisan pemain-pemain Kelantan musim ini.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memerlukan peruntukan lebih RM10 juta untuk menampung perbelanjaan mengurus pasukan itu musim ini. 

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata peruntukan itu diperlukan bagi memastikan pasukan The Reds Warriors (TRW) kekal kompetitif dan sentiasa memberi saingan kepada pasukan lain.

"Kami menerima penajaan daripada 23 syarikat musim ini, merangkumi 11 penaja utama dan 12 rakan perniagaan. Saya dapati jumlah penajaan setakat ini hanya mampu menampung 50 peratus kos operasi pasukan.

"Kos pengurusan dan membawa pemain yang berkualiti ke pasukan ini membabitkan kos yang tinggi, kami beranikan diri demi menghidupkan cabaran pasukan Kelantan dalam liga," katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan penaja dan pelancaran jersi TRW 2015 pada Rabu.

Annuar berkata semua pihak perlu memainkan peranan bagi mendapatkan dana untuk menampung perbelanjaan pasukan musim ini.  

Sementara itu, KAFA membuka peluang kepada Felda United untuk berunding mengenai status penyerang Harimau Muda, Muhammad Ferris Daniel Mat Nasir.

Annuar berkata jawatankuasa pengurusan KAFA yang bermesyuarat telah memutuskan mengambil ketetapan bahawa tonggak Harimau Muda itu sah milik TRW.

"Ferris sah milik Kelantan seperti yang telah diputuskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini dan kami akan memaklumkan kepada FAM mengenai kedudukan terkini status pemain berkenaan.

"Kami membuka ruang kepada pihak berkenaan sekiranya mereka berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu, mereka boleh datang untuk berbincang dengan KAFA dan kami sedia menerima kunjungan mereka," katanya.

Pemain itu dikhabarkan telah menandatangani kontrak bersama Felda United meskipun Kelantan telah mengumumkan bahawa penyerang Harimau Muda itu ada dalam perancangannya musim ini. 

Tags / Kata Kunci: KAFA , Tan Sri Annuar Musa

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan