FAM Puas Hati Keadaan Padang Di Stadium Sultan Muhammad IV

Diterbitkan: Rabu, 4 Februari 2015 5:54 PM

Keadaan Stadium Sultan Muhammad IV dipenuhi air banjir Disember lalu.

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berpuas hati dengan keadaan padang di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, selepas terjejas akibat banjir besar yang melanda Kelantan Disember lepas.

Anggota Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Zulkifly Alias berkata keadaan padang di stadium berkenaan kini hanya tinggal lima peratus yang perlu diperbaiki. 

"Pihak Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) telah menjalankan tugas yang baik untuk membaik pulih stadium yang rosak, saya bagi pihak JKPT berpuas hati dengan kerja baik pulih yang dilakukan. 

"Kalau tengok cuma ada sedikit yang perlu diperbaiki dan saya harap dalam masa seminggu padang itu akan bertambah baik seterusnya dapat digunakan,"katanya kepada pemberita selepas melakukan pemeriksaan di stadium berkenaan,Selasa malam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Venue, Acara dan Protokol Kafa Datuk Abd Halim Ahmad.

Zulkifly berkata keadaan lampu di stadium berkenaan juga menepati kehendak yang telah ditetapkan oleh FAM.

"Kita dapati keadaan lampu di stadium juga amat baik dan kawasan tengah padang semakin baik, ia telah kembali seperti sedia kala," katanya.

Sementara itu, Abd Halim berkata pihaknya berharap kerja baik pulih dapat disiapkan awal bagi membolehkan perlawanan Liga Super dapat diadakan di stadium itu.

"Kita rasa gembira dengan hasil pemeriksaan FAM, cuma lima peratus yang perlu dipertingkatkan lagi dan dengan keadaan ini saya yakin pertandingan dapat diadakan di stadium ini, rakyat Kelantan akan dapat tengok Liga seperti tahun sebelumnya," katanya. 

Sebelum ini, Setiausaha Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) Azi Rahimee Mohamed berkata kerja membaik pulih padang sedang dijalankan dan stadium berkenaan boleh digunakan pada 14 Februari ini bagi perlawanan menentang Lions XII dalam aksi Liga Super. 

Tags / Kata Kunci: Stadium Sultan Muhammad IV , Kelantan

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan