Darren Fletcher Sah Milik West Brom

Diterbitkan: Selasa, 3 Februari 2015 12:58 PM

Darren Fletcher memakai jersi nombor 24 selepas menyertai West Brom dari Manchester United.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Manchester United, Darren Fletcher kini sah menjadi milik West Brom selepas lulus ujian perubatan dan bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan.

Kehadiran Fletcher, 31, ke West Brom turut menjadi pencetus semangat kepada skuad berkenaan dalam mengharungi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pemain veteran yang berasal dari Scotland itu sebelum ini dilapor akan berhijrah ke West Ham namun bertindak mengubah pendirian pada minit-minit terakhir.

Perubahan itu berlaku apabila West Ham hanya mahu membuat pinjaman dari United dan bukan penghijrahan tetap.

Selain West Ham, Fletcher turut diminati oleh Celtic, tetapi tiada rundingan dilakukan oleh kelab itu bagi mendapatkan pemain berpengalaman berkenaan.

Akhirnya, pengendali West Brom, Tony Pulis berjaya memikat  Fletcher dan memastikan pemain sasaran mereka menyertai kelab itu pada jendela pemindahan Januari.

Fletcher, 30, adalah pemain paling lama dalam skuad United selain penolong pengurus, Ryan Giggs pada tahun ini.

Dia telah memenangi segala-galanya bersama United daripada juara liga, Piala FA, Piala Capital One, Piala Sumbangsih, Piala Eropah dan Piala Kelab Dunia.

Dia dijejaki oleh Sir Alex Ferguson ketika berusia 15 tahun di scotland lalu terus membawanya ke Akademi kelab tersebut untuk diasuh, digilap dan dididik oleh Ferguson sehingga muncul sebagai salah seorang pemain tengah paling berbakat yang pernah dilahirkan oleh kelab tersebut.


 

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan