Angel Di Maria Dalam Ketakutan Rumah Cuba Dipecah Masuk Pencuri

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 11:59 AM

Angel Di Maria (kanan) ketika beraksi menentang Leicester City dalam perlawanan liga di Old Trafford pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

RUMAH pemain tengah Manchester United, Angel Di Maria cuba dipecah masuk oleh sekumpulan pencuri sejurus selepas dia selesai mewakili kelabnya menentang Leicester City pada malam Sabtu lalu.

Media-media massa Britain melaporkan, ketika kejadian itu berlaku, Di Maria baru sahaja sampai di rumahnya dari Old Trafford bersama-sama isteri dan anak perempuannya.

Menurut polis, terdapat sekurang-kurangnya tiga pencuri cuba mengopek pintu di kawasan bersantai rumah banglo Di Maria yang terletak di kawasan mewah Manchester, iaitu di Cheshire tetapi mereka melarikan diri sebaik sahaja alat penggera berbunyi.

Kejadian itu dikatakan berlaku sekitar pukul 8 malam Sabtu, iaitu hanya beberapa jam selepas United menumpaskan Leicester City 3-1 di Stadium Old Trafford.

Ekoran kejadian itu, bintang Argentina berusia 26 tahun itu dan ahli keluarganya telah dibawa keluar oleh pasukan keselamatan Manchester United dari rumah itu ke satu tempat yang selamat.

Mereka kemudiannya telah dibawa oleh polis untuk menginap di sebuah hotel.

Tidak diketahui apakah Di Maria akan kembali mendiami rumah tersebut selepas ini.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan