"Jangan Pindah Ke Mana-mana Anda Ada Masa Depan Di Sini" - Kata Van Gaal Pada Adnan

Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 3:24 PM

Adnan Janujaz

(Ubah saiz teks)

> Adnan Januzaj pemain Man Utd yang beragama Islam itu kini jadi sasaran Paris Saint-Germain

> Inter Milan juga sedang meneliti perkembangan pemain asal Belgium itu

> Tapi pengurus United, Louis van Gaal kata masa depan Adnan adalah bersama United jika dia kerja keras

> Adnan Januzaj harus bersaing dengan Juan Mata untuk 'mencuri' satu lagi tempat di bahagian tengah

LIMA belas bulan yang lalu, dia disifatkan sebagai Ryan Giggs yang baru sekaligus ditawarkan kontrak lima tahun dengan gaji sebanyak £30,000 seminggu. Tetapi kini Adnan Januzaj mendapati penampilannya untuk skuad Manchester United di bawah kendalian Louis van Gaal adalah sangat terhad kerana persaingan yang sengit untuk posisi tengah.

Namun Sabtu lalu, Adnan muncul dalam kesebelasan utama pasukan untuk menentang Leicester City dan penampilannya tidaklah mengecewakan malah mencetuskan tanda tanya mengapa dia berada di bangku simpanan selama ini.

Januzaj kini sekali lagi mendapat perhatian media massa di Britain apabila terdapat desas-desus yang mengatakan juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) sedang mengejar tanda tangannya.

Perlawanan Sabtu lalu adalah yang pertama untuk Januzaj sejak 8 November tahun lalu dan dia diletakkan di posisi kiri tengah padang dalam formasi berlian.

Ini adalah penampilan keenam Januzaj dalam semua pertandingan musim ini sejak Van Gaal mengambil alih pengurusan kelab ini dari tangan David Moyes yang dipecat pada penghujung tahun lalu.

PSG dan Inter Milan cuba memperolehi khidmatnya secara pinjaman tetapi van Gaal tidak mahu melepaskannya.

Dan Khamis ini, Januzaj akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-20 dan potensi semata-mata tidak akan memadai untuk pemain muda ini. Dia mahukan masa permainan yang lebih.

Namun bagi Van Gaal, Janujaz perlu menunjukkan bakatnya yang sebenar tanpa rasa was-was atau dengan penuh keyakinan.

Kata van Gaal, pemain muda itu mempunyai masa depan yang cerah di United asalkan dia bekerja keras dan memperlihatkan bakatnya di atas padang.

"Dia adalah seorang pemain yang berbakat...tetapi bakat itu perlu dipersembahkan di dalam perlawanan dan juga di atas padang latihan.

"Pada akhirnya bukan saya yang sebenarnya membuat pilihan siapa yang patut bermain dan siapa tidak tetapi pemain itu sendiri.

"Saya cuba memberi panduan, membuat pemerhatian dan berkomunikasi dengan mereka. Jika seseorang pemain itu sudah cukup bersedia untuk bermain, mungkin saya akan membenarkan dia bermain. Dalam kes Adnan Januzaj, saya perlu membandingkannya dengan Juan Mata...di antara mereka berdua siapa yang lebih layak bermain.

"Begitu juga dengan Falcao...mereka semua harus membuktikan kemampuan mereka untuk bermain setiap minggu," ujarnya lagi sambil mengakui bahawa persaingan untuk tempat adalah sangat sengit di Manchester United.

Dalam perlawanan menentang Leicester itu, United menang 3-1 menerusi jaringan Robin van Persie dan juga Radamel Falcao.

Semua mata kini tertumpu kepada perlawanan ulangan pusingan keempat Piala FA antara United dengan Cambridge United malam Selasa nanti sama ada Januzaj akan diturunkan lagi dalam kesebelasan utama. 


iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan