Chelsea Seri Dengan Manchester City

Diterbitkan: Ahad, 1 Februari 2015 9:47 AM

Pemain Manchester City, David Silva (kiri) meraikan kejayaanya dengan rakan sepasukan, Sergio Aguero selepas berjaya menjaringkan gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Stamford Bridge pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea kekal lima mata di hadapan Manchester City selepas seri 1-1 dengan juara bertahan itu pada Sabtu.

Chelsea mendahului permainan menerusi jaringan penyerangnya, Loic Remy pada minit ke-41.

Empat minit kemudian, Manchester City menyamakan kedudukan, hasil jaringan pemain sayapnya, David Silva.

Kesilapan yang dilakukan oleh penjaga gol Thibaut Courtois membuka peluang kepada Silva untuk menyamakan kedudukan.

Tags / Kata Kunci: Chelsea , Manchester United , EPL

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan