Banner Anjing: 12 Ditahan Bantu Siasatan

Diterbitkan: Ahad, 1 Februari 2015 2:53 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Beberapa peminat bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menerima 'kemurkaan diraja' kerana merentang banner gergasi memaparkan gambar berwajah anjing memakai pakaian berlogo Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Menyifatkan tindakan itu sebagai biadap, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkata baginda malu dengan perlakuan penyokong JDT itu.

"Sebagai anak kelahiran Johor yang bermastautin di Pahang...dan suami saya Presiden FAM, saya malu dgn tindakan peminat bola sepak Johor.

"Ini sahaja komen saya.... biadap dan kurang ajar, ayah saya tidak didik saya seperti ini," kata baginda melalui laman Instagram peribadi @tengkupuanpahang pada Ahad.

Baginda turut memuat naik sekeping gambar yang menjadi viral di laman sosial memaparkan banner gergasi seekor anjing dengan badan manusia memegang seekor anak anjing serta tertulis simbol 'RM' di bahagian atas banner tersebut.

Banner itu direntangkan semasa perlawanan akhir Piala Sumbangsih antara JDT dan Pahang di Stadium Tan Sri Hassan Yunos pada Sabtu malam.

Ramai beranggapan banner itu cuba menggambarkan bahawa FAM hanya mengambil berat tentang wang berbanding menguruskan bola sepak tempatan.

Pada perlawanan itu JDT muncul juara Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015 selepas mengalahkan Pahang 2-0.

Banner gergasi yang direntangkan di bahagian tempat duduk penyokong JDT itu turut mengundang kritikan di kalangan netizen.

Walaupun tiada siapa yang mendakwa bertanggungjawab terhadap banner kontroversi itu, Persatuan Bola Sepak Johor menerusi kenyataan berkata, 12 individu telah dikenal pasti dan ditahan oleh pihak polis.

"Mereka akan ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan. Jika didapati bersalah, individu-individu berkenaan akan dilarang daripada memasuki mana-mana stadium di Johor untuk hidup," kata Johor FA menerusi kenyataan pada Ahad.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan