Bintang Veteran United Darren Fletcher Sah Sertai West Ham

Diterbitkan: Sabtu, 31 Januari 2015 12:22 AM

Darren Fletcher

(Ubah saiz teks)

> Bos Manchester United Louis van Gaal mengesahkan berita perpindahan ini

> Fletcher bakal tandatangani kontrak tiga setengah tahun

> Juga bakal menerima bayaran gaji sebanyak £75,000 seminggu

PEMAIN veteran Manchester United, Darren Fletcher akan menyertai West Ham selepas bersetuju untuk menandatangani kontrak selama tiga setengah tahun dengan bayaran gaji sebanyak £75,000 seminggu sekaligus menamatkan ikatannya selama 20 tahun bersama United.

Berita mengenai perpindahannya itu telah disahkan oleh pengurus United, Louis van Gaal pada Jumaat.

Bercakap kepada para pemberita dalam sidang akhbar pra perlawanan menentang Leicester City, Van Gaal berkata: "Fletcher kini berada di West Ham..."

Kata van Gaal lagi, Fletcher adalah penolong kapten pasukan dan dia adalah sebahagian daripada sejarah gemilang kelab itu.

Bagaimanapun Fletcher sendiri mendapati yang dia sukar untuk menembusi kesebelasan utama pasukan sejak pulih dari penyakit usus yang kronik yang menyaksikan dia terpaksa berehat selama lebih setahun daripada bermain bolasepak.

"Kami semua akan merindui kehadirannya...," kata van Gaal.

Tambah van Gaal lagi, Fletcher adalah pemain berpengalaman yang kehadirannya bersama West Ham nanti adalah satu bonus dan perpindahannya adalah satu kehilangan buat United.

Fletcher menurut van Gaal mahu bermain sebanyak yang mungkin dan United memahami kehendaknya.

Kapten pasukan kebangsaan Scotland itu ditemui dan dibawa masuk oleh pengurus legenda Sir Alex Ferguson ketika dia masih remaja dan terus dilatih dan diasah bakatnya di Akademi Bolasepak Manchester United sebelum diturunkan buat pertama kalinya pada Mac 2003 dalam perlawanan menentang Basle dalam Liga Juara-Juara Eropah. 

REKOD DARREN FLETCHER BERSAMA UNITED:

Perlawanan pertama: 12 Mac 2003 menentang Basle

Jumlah perlawanan keseluruhan:  342

Gol: 24

Pingat:

> Liga Perdana Inggeris: 2006/07, 2007/08, 2008/09, 2010/11

> Piala FA: 2003/2004

> Piala Liga: 2005/06, 2009/10

> Piala Eropah: 2007/08

> Piala Sumbangsih: 2003, 2007, 2010

> Piala Kelab Dunia Fifa: 2008/09 



iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan