Jose Mourinho 'Kempunan' Juan Cuadrado - Bola Sepak | mStar

Jose Mourinho 'Kempunan' Juan Cuadrado

Diterbitkan: Jumaat, 30 Januari 2015 9:26 AM

(Ubah saiz teks)

PENGENDALI Chelsea, Jose Mourinho meluahkan sentimen peribadi dalam usahanya mendapatkan pemain Fiorentina, Juan Cuadrado.

Dalam luahan itu, Mourinho turut melahirkan keyakinan bahawa Chelsea dapat mengumumkan Cuadrado sebagai pemain baharu selewat-lewatnya pada Jumaat.

Menerusi perpindahan bernilai  £26.8 juta itu, jurulatih dari Portugis itu juga yakin dapat menurunkan Cuadrado dalam perlawanan bertemu Manchester City.

Kehadiran Cuadrado turut menyaksikan pemindahan keluar Andre Schurrle dan Mourinho berpendapat berjaya memperkemaskan pasukan berkenaan dalam mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Keadaan Chelsea yang terdesak untuk mengemaskini barisan pemain tengah turut memberi tempias kepada Cuadrado yang tidak sabar untuk ke Stamford Bridge.


Tags / Kata Kunci: Chelsea , Fiorentina , Jose Mourinho

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan