Ikat De Gea Atau Risiko Kehilangannya 18 Bulan Dari Sekarang

Diterbitkan: Khamis, 29 Januari 2015 7:03 PM

David de Gea

(Ubah saiz teks)

INI adalah berita yang sepatutnya mengusarkan Manchester United.

Real Madrid bercadang untuk 'mencuri' penjaga gol mereka, David de Gea dalam tempoh 18 bulan lagi secara percuma seandainya United gagal memperbaharui kontrak pemain itu dalam tempoh tersebut.

Jika de Gea tidak menandatangani sebarang pelanjutan kontrak, enam bulan sebelum kontrak sekarang tamat, dia bebas untuk bertemu dan berunding dengan mana-mana kelab dan berpindah secara percuma kerana telah menjadi ejen bebas.

Oleh yang demikian, United perlu menyelesaikan isu pelanjutan kontrak de Gea enam bulan sebelum kontraknya tamat menjelang musim panas akan datang.

De Gea menyertai United dari Atletico Madrid pada Jun 2011 dengan bayaran perpindahan sebanyak £18.3 juta.

Real telah mengenalpasti penjaga gol berusia 24 tahun itu sebagai penganti jangka panjang kepada pemain veteran, Iker Casillas.

Sebaik sahaja temasya Piala Dunia berakhir Julai lalu, pengurus Real, Carlo Ancelotti telah membawa masuk penjaga gol antarabangsa Costa Rica, Keylor Navas sebagai penjaga gol kedua kelab tersebut.

Navas bermain cemerlang sehingga membawa negaranya ke peringkat suku akhir Piala Dunia.

Casillas, 33, masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun lagi bersama Real.

Walaupun de Gea adalah pilihan utama di United dan gembira untuk bermain di England tetapi United harus berwaspada kerana pemain Sepanyol itu mungkin akan terdorong untuk kembali ke Madrid - pertama kerana tawaran adalah dari Real Madrid dan kedua kerana kekasihnya adalah penyanyi popular yang bermastautin di Madrid.

Namun pada masa yang sama, United mungkin terdorong untuk menjual pemain itu seandainya mereka gagal dalam rundingan gaji baru dengannya. Jika mereka tidak menjualnya dalam tempoh ini, mereka akan kehilangan hak memperolehi keuntungan daripada perpindahannya nanti kerana statusnya sebagai ejen bebas.

Sementara itu, tempoh perpindahan bagi pertengahan musim ini akan tamat dalam empat hari lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan