Gary Bakal Jalani Latihan Bersama Kelab Gergasi Jerman

Diterbitkan: Selasa, 27 Januari 2015 8:53 AM

Gary Steven Robbat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat yang kini digantung daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama tiga bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), bakal menjalani latihan bersama kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memaklumkan pemain berkenaan yang sah menyarung jersi Johor Darul Ta'zim (JDT) musim ini, bakal menjalani latihan di sana selama tempoh penggantungan tersebut.

"Semoga Gary akan menggunakan peluang ini untuk mempertingkatkan mutu permainan beliau dan seterusnya dapat memantapkan lagi pasukan JDT," demikian menurut PBNJ menerusi laman Facebook rasmi JDT; Johor Southern Tigers, Isnin.

Untuk rekod, PBNJ menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kelab yang berpangkalan di Dortmund itu pada 22 Dis lepas sebagai salah satu usaha untuk memantapkan pembangunan bola sepak di Johor terutamanya di peringkat akar umbi.

Kerjasama itu diadakan susulan kunjungan Pengarah Pembangunan Belia Borussia Dortmund, Edwin Boekamp ke atas Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan Presiden PBNJ pada 16 dan 17 Oktober tahun lepas.

Jawatankuasa Status Pemain FAM yang bersidang pada 16 Januari lepas, mengenakan penggantungan selama tiga bulan selain denda RM50,000 ke atas Gary kerana melanggar peraturan FAM mengenai perpindahan pemain dengan menandatangani kontrak bersama JDT dan Pahang.

Tags / Kata Kunci: Gary Steven Robbat

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan