Villarreal Setuju Serah Gabriel Paulista Kepada Arsenal

Diterbitkan: Ahad, 25 Januari 2015 8:27 AM

Gabriel Paulista

(Ubah saiz teks)

VILLAREAL mengesahkan Arsenal telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian bagi mendapatkan pemain pertahanannya, Gabriel Paulista dalam persetujuan dipercayai bernilai lebihi 11 juta pound.

Berikutan spekulasi bahawa pemain pertahanan berusia 24 tahun itu akan meninggalkan kelab La Liga untuk bersama Arsenal dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Villarreal telah pun mengesahkan perkara itu.

Berita tersebut dikongsi di Twitter: "Perjanjian pemindahan dengan Arsenal untuk Gabriel, yang akan mengucapkan selamat tinggal sebelum perlawanan hari ini. Semoga Berjaya!"

Villarreal juga mengumumkan bahawa penyerang Arsenal Joel Campbell akan dipinjamkan untuk pasukan itu selama enam bulan selepas dilaporkan menandatangani lanjutan kontrak dengan The Gunners.

"Selamat datang Joel Campbell! Kami telah mencapai perjanjian pinjaman dengan Arsenal untuk sepanjang musim ini,".

Gabriel bermain untuk Villarreal pada awal musim lalu selepas berhijrah dari kelab Brazil Esporte Clube Vitoria dengan nilai kira-kira tiga juta euro dan dia berusaha keras dalam tahun pertamanya di La Liga, dia telah menunjukkan kematangan dalam tempoh singkat.

Campbell, 22, menunjukkan prestasi mengagumkan ketika dipinjamkan untuk Olympiakos di Greece musim lalu dan pada Piala Dunia tetapi tidak menonjol di Arsenal.

Tags / Kata Kunci: Gabriel Paulista , Joel Campbell

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan