Piala FA Inggeris : Chelsea, Man City Tersingkir - Bola Sepak | mStar

Piala FA Inggeris : Chelsea, Man City Tersingkir

Diterbitkan: Ahad, 25 Januari 2015 8:06 AM

Pemain Chelsea dilihat kecewa selepas tewas 2-4 kepada Bradford City dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA Inggeris di Stamford Bridge, London, malam Sabtu. -AP

(Ubah saiz teks)

CHELSEA dan Manchester City masing-masing dimalukan oleh lawan mereka yang lebih kerdil, sekali gus disekat untuk mara ke pusingan seterusnya dalam perlawanan pusingan empat Piala FA Inggeris yang berlangsung penuh dramatik.

Chelsea yang mendahului 2-0 tewas akhirnya 2-4 di tempat sendiri kepada Bradford City, dengan bekas pemain Stamford Bridge Filipe Morais menjaringkan gol penyamaan sebelum Andy Halliday menambah satu lagi gol sebelum tamat perlawanan dan  Mark Yeates memastikan kemenangan menakjubkan pada masa kecederaan.

Sementara itu Manchester City pula kalah 0-2 di tempat sendiri kepada Middlesbrough. Patrick Bamford, yang dipinjam dari Chelsea, menjaringkan gol pembukaan sebelum Kike menambah gol kemenangan.

Di tempat lain, Leicester City menjaringkan dua gol pada lewat permainan untuk menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 di White Hart Lane, manakala Southampton kalah 3-2 di tempat sendiri kepada Crystal Palace.

Ini bermakna Chelsea, Manchester City dan Southampton yang sebelum ini menduduki tiga tangga teratas carta tersingkir.

Kejutan ini datang kurang dari 24 jam selepas Manchester United yang seri 0-0 kepada Cambridge United, di mana Louis van Gaal marah apabila Reds Devil gagal mengutip sebarang jaringan ke atas pasukan Divisyen 2 walaupun dibarisi dengan pemain-pemain terkemuka dunia.
Tags / Kata Kunci: Piala FA Inggeris
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan