Piala FA: Van Gaal Marah Dengan Aksi Hambar Pemain

Diterbitkan: Sabtu, 24 Januari 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Louis van Gaal mengakui  sangat marah selepas menyaksikan pasukannya hanya mencatat keputusan seri 0-0 ketika aksi menentang Cambridge United dalam pusingan keempat Piala FA awal pagi Sabtu.

Reds Devil gagal mengutip sebarang jaringan ke atas pasukan Divisyen 2 ini walaupun dibarisi dengan pemain-pemain terkemuka dunia.

"Sudah tentu saya marah. Kami melakukan kesilapan yang sama ketika bertemu Yeovil Town dan APR sebelum ini dengan bermain gaya yang lebih kurang sama pada babak pertama.

"Ia terus membangkitkan kemarahan saya. Pada separuh masa kedua aksi mereka lebih baik, tetapi OK kerana kami belum terkeluar daripada saingan lagi.

"Pun begitu, ia sebahagian daripada tugas saya. Saya cuba gembira pada babak kedua, tetapi sebaliknya berlaku.

"Saya hanya boleh memberi pujian kepada jurulatih dan pegawai pasukan yang telah melakukan tugas mereka.

"Namun terdapat beberapa aspek lain yang menentang kita seperti padang, pengadil dan apa sahaja yang perkara yang dirasakan menghalang kami.

"Piala FA ini sangat penting bagi kami. Untuk menang trofi Liga Perdana adalah amat sukar.

"Jadi objektif kami juga adalah Piala FA," jelasnya.

Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Cambridge Chris Dunn menjadi tumpuan selepas menyelamatkan dua percubaan berbahaya pada masa tambahan.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Louis van Gaal

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan