TMJ Ulangi Gesaan FAM Telus Dalam Pembahagian Keuntungan FMLLP

Diterbitkan: Sabtu, 24 Januari 2015 6:07 PM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulangi gesaan baginda supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersikap lebih telus dan jujur dalam pembahagian keuntungan yang bakal diraih menerusi penubuhan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

Baginda mendakwa menerusi perjanjian antara FAM dan syarikat peneraju media antarabangsa MP  and  Silva, FAM bakal mendapat RM84 juta setiap tahun secara purata termasuk RM15 juta menerusi perjanjian bernilai RM1.26 billion itu bagi tempoh 15 tahun.

Tunku Ismail, yang merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), berkata pasukan bertanding hanya dianggarkan memperolehi 30 peratus atau anggaran RM1 juta setahun bagi meningkatkan keupayaan pasukan, membina kemudahan bola sepak baharu, membangunkan program pembangunan di peringkat akar umbi dan sebagainya.

"Persoalannya ialah mengapa FAM menikmati bahagian yang lebih besar berbanding dengan kelab-kelab dan persatuan-persatuan di dalam liga? Seandainya kelab dan persatuan menderita dari segi kewangan, liga seterusnya pasti akan terjejas," kata baginda menerusi laman Facebook rasmi Johor Darul Ta'zim (JDT); Johor Southern Tigers, Sabtu.

Baginda turut mempersoal mengenai pendapatan penyiaran yang didakwanya bakal menguntungkan FAM dan bukannya pasukan yang bertanding.

Tunku Ismail menegaskan setiap pelaburan pasukan yang mengambil bahagian dalam Liga-M mampu membuatkan liga lebih menarik dan ia boleh dibuktikan bahawa lebih banyak penyokong mengikuti bola sepak tempatan berbanding beberapa tahun lepas.

"Seperti yang kita semua sedia maklum, hasil penyiaran telah meningkat dengan pesat sejak tiga tahun yang lalu dan ini adalah disebabkan oleh pasukan-pasukan yang mengambil bahagian.

"Pasukan telah berhabis banyak untuk infrastruktur, pemain berkualiti, menandatangani pemain import yang ternama dan pembangunan belia," kata baginda.

Semalam, FAM dan MP and  Silva menandatangani Memorandum Persefahaman bagi bagi penubuhan FMLLP.

Berdasarkan jumlah yang dijanjikan oleh MP  and  Silva dari 2016 ke 2021, FAM akan menerima pulangan RM70 juta setahun manakala RM85 juta bagi tempoh tiga tahun berikutnya (2022-2024), RM92 juta (2025-2027) dan RM103 juta bagi tempoh tiga tahun terakhir.

Dalam pada itu, Tunku Ismail menyifatkan tindakan FAM melarang bekas pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat daripada menyertai sebarang aktiviti bola sepak selama tiga bulan merupakan satu pelanggaran hak asasi manusia yang jelas selain berpotensi merosakkan kerjaya pemain yang berbakat itu.

"Liga Malaysia kini berkembang maju dan popularitinya semakin meningkat, tetapi layanan buruk mereka terhadap kerjaya Gary telah secara tidak langsung mencerminkan pendirian FAM mengenai masa depan bola sepak Malaysia," kata baginda.

Jawatankuasa Status Pemain FAM pada 16 Jan lepas menggantung Gary selama tiga bulan dan denda RM50,000 kerana melanggar peraturan FAM mengenai perpindahan pemain kerana menandatangani kontrak dengan dua pasukan iaitu JDT dan Pahang.

Tags / Kata Kunci: FAM , MP and Silva , TMJ , PBNJ

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan