Ferris Tetap Bersama Felda United Musim Ini - Mohd Isa

Diterbitkan: Sabtu, 24 Januari 2015 12:05 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih kurang tiga minggu sebelum tirai Liga Super bermula, pergolakan status pemain tampaknya masih menjadi hidangan utama berbanding persiapan pasukan.

Selepas kes kontrak bekas pemain Harimau Muda Gary Steven Robbat berakhir, kini timbul pula status pemain muda, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir.

Ferris,22, menjadi rebutan antara pasukan Kelantan dan Felda United yang menyaksikan kedua-kedua belah pihak masih gagal mencapai kata sepakat.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mendakwa pemain itu telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan Kelantan dan pihaknya masih memberi peluang kepada pemain itu untuk membatalkan kontrak yang ditandatangani dengan Felda.

Dalam laporan media sebelum ini, Annuar menjelaskan beliau tidak mahu kes kontrak ini dilaporkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang boleh merugikan banyak pihak.

Namun pada Jumaat, Timbalan Presiden Kelab Bola Sepak Felda United (FUFC), Datuk Mohd Isa Abu Kassim bertegas akan terus menggunakan khidmat Ferris musim ini.

“Pihak pengurusan Felda United telah berbincang dan bersetuju sebulat suara bahawa tidak akan sama sekali membatalkan kontrak pemain  Muhammad Ferris Danial Mat Nasir.

“Ferris akan bermain bersama-sama dengan pasukan Felda tahun ini,” jelasnya ringkas selepas mesyuarat pengurusan petang Jumaat.

Ferris merupakan pemain yang dilahirkan menerusi skuad Piala Presiden Kelantan musim 2009 hingga 2010 sebelum berjaya menyertai skuad muda kebangsaan.

Pada Disember lalu, nama Ferris diumumkan sebagai muka baharu skuad The Red Warriors selepas mendapat pelepasan FAM sebagai pemain bebas.

Menurut peraturan FAM, mana-mana pemain Harimau Muda yang kontraknya tamat bersama badan induk itu, perlu kembali ke pasukan negeri terlebih dahulu sebelum mendapat kebenaran untuk bermain dengan pasukan pilihan sendiri.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan