Liga Malaysia: Felda United Sasar Satu Trofi Musim Ini

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 12:03 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kempen Liga Super yang bakal membuka tirai pusingan pertama pada 7 Februari ini yang menyaksikan kemunculan kembali Kelab Bolasepak Felda United (FUFC) dalam saingan liga utama musim ini.

The Fighters yang ditubuhkan pada tahun 2007 ini bukanlah saingan baharulah dalam aksi Liga Super kerana pada pada tahun 2011 hingga 2013 mereka turut memeriahkan saingan liga ini.

Namun aksi kurang baik pada tahun 2013 dengan menamatkan saingan di kedudukan 11 daripada 12 pasukan liga memaksa mereka kembali turun ke Liga Perdana musim lalu.

Pun begitu, kemunculan Irfan Bakti Abu Salim yang menggantikan K.Devan sebagai pengendali skuad ini membuahkan hasil yang cemerlang musim lalu.

Percongakan Irfan Bakti dalam mengatur strategi permainan menjadikan The Fighter bukan calang-calang pasukan.

Rekod bergelar naib juara Piala FA, naib juara Liga Perdana dan berjaya mara ke aksi separuh akhir aksi Piala Malaysia musim lalu dijadikan sebagai azimat untuk terus mencatat keputusan terbaik bagi musim 2015 ini.

Setiausaha Agung FUFC, Zulkarnain Muhammad mengakui pasukannya meletakkan satu sasaran trofi musim ini.

"Musim lalu memang satu pengalaman baik buat pasukan dan kami teruja untuk memberi saingan musim ini.

"Sudah tentu kami mahupun yang terbaik dan meletakkan sasaran satu trofi juara musim ini walaupun yakin pasti akan berdepan dengan saingan sengit daripada pasukan lain.

"Setakat ini segala persiapan pasukan berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan dan saya yakin tahap persefahaman mereka bertambah baik kerana 90 peratus pemain lama.

"Hanya lima orang sahaja pemain baharu untuk musim ini," jelasnya kepada mStar Online.

Zulkarnain berkata, bagi memberi kelainan ketika sesi latihan persediaan dijalankan, skuad telah terbang mencari 'angin' baharu berlatih di luar negara.

"Pada Disember lalu, mereka pergi ke Dubai menjalani latihan dalam suasana berbeza sedikit dan turut bermain dalam tiga perlawanan persahabatan.

"Malah minggu lalu kami dijemput ke Bandung bertemu kelab Persib Bantung. 

"Dan dalam tempoh dua minggu lagi sebelum aksi bertemu Sarawak (7 Feb), beberapa perlawanan persahabatan tempatan telah dirancang," tambahnya.

Selain itu, Zulkarnain menyeru kepada penyokong-penyokong FUFC agar sentiasa bergandingan memberi sokongan kepada pasukan.

"Kami bakal melancarkan kad keahlian Felda United For You (FU4U) dalam tempoh terdekat ini khas untuk penyokong-penyokong Felda.

"Dengan adanya kad ini ia mampu menambahkan lagi penyokong-penyokong FUFC," tambahnya.

SENARAI PEMAIN:

Mohd Farizal Harun, Mohd Fairul Azwan, Mohammad Soffuan Tawil, Muhammad Shukor Adan, Mohd Nazriq Baharom, Qairul Anwar Mohamad Roslani, Mohammad Khairul Ismail, Mohd Aizulridwan Razali, Adib Aizuddin Abdul Latiff, Hasnizaidi Jamian, Shahrulnizam Mustapa, Zah Rahan Krangar, Mohd Arif Mat Asin, Ahmad Syamin Yahya, Abdul Latiff Suhaimi, Edward Junior Wilson, Indra Putra Mahayuddin, Makeche Ndumba, Bojan Miladinovic, Mohd Firdaus, Mohd Faudzi, Mohamad Rashid Mohamed Aya, Mohd Fauzam Dzulkifli, Muhammada Ferris Danial Mat Nasir, Mohamad Zamri Ramli, Shahrul Mohd Saad.

Tags / Kata Kunci: Felda United

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan