Sterling Penyelamat Liverpool, Ikat Chelsea 1-1

Diterbitkan: Rabu, 21 Januari 2015 7:57 AM

Sterling meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

(Ubah saiz teks)

JARINGAN Raheem Sterling pada minit ke-59 membantu Liverpool mengikat kedudukan 1-1 dengan Chelsea pada aksi pertama pusingan separuh akhir Piala Liga di Stadium Anfield, awal pagi Rabu.

Namun, Chelsea terlebih dahulu berada di depan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Eden Hazard pada minit ke-18.

Chelsea dihadiahkan sepakan penalti selepas Hazard dijatuhkan Emre Can di dalam kotak penalti.

Pemain tengah Steven Gerrard hampir membantu Liverpool untuk menggandakan jaringan tetapi percubaannya terkena palang.

Gerrard kembali mengisi skuad utama Liverpool selepas tidak diturunkan ketika mencatatkan kemenangan ke atas Aston Villa.

Liverpool terus melakukan asakan demi asakan tetapi Thibaut Courtois berjaya menyelamatkan gawang Chelsea daripada terus dibolosi.

Courtis mempamerkan aksi bergaya apabila berjaya menampan 20 percubaan Liverpool untuk menembusi gawang Chelsea.

Chelsea mampu menarik nafas lega apabila mereka mempunyai sedikit kelebihan pada aksi kedua separuh akhir di gelanggang sendiri Selasa depan.

Pasukan kendalian Pengurus Jose Mourinho itu perlu mencatatkan kemenangan di Stamford Bridge sekiranya mahu meneruskan kemaraan ke aksi final bertemu  Tottenham atau Sheffield United di Wembley.

iklan

Video

Rabu, 28 Jun 2017 3:30 PM

Kenapa Amyra Rosli Geram?

Rabu, 28 Jun 2017 12:00 PM

Amboi... Nabil Tak Puas Hati Dengan Skrip?

Rabu, 28 Jun 2017 9:00 AM

Lucu... Kisah Raya Floor88

Selasa, 27 Jun 2017 3:00 PM

Ardell Dah Jemu Berlakon?

Selasa, 27 Jun 2017 2:25 PM

Siti Nurhaliza Pun Naik ETS Tau!

Selasa, 27 Jun 2017 9:33 AM

Hazman dan Eryn Raya Bersama?

Isnin, 26 Jun 2017 3:00 PM

Dapat Impak Ramai Penyanyi Bernama 'Wani'

Isnin, 26 Jun 2017 12:09 PM

Kisah Raya 3 Teruna

Isnin, 26 Jun 2017 9:30 AM

Selongkar Raya Zara Zya

Kolumnis

iklan

Iklan