Valencia Tolak Tawaran Man United Untuk Dapatkan Nicolas Otamendi

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 9:41 AM

Nicolas Otamendi

(Ubah saiz teks)

'BEBERAPA juta pound lagi mungkin cukup' selepas wartawan Sepanyol yang disegani Setyo Balague melaporkan bahawa Valencia telah menolak tawaran awal Manchester United untuk mendapatkan pemain pertahanan mereka dari Argentina, Nicolas Otamendi.

Red Devils diketahui umum sedang mencari bantuan pemain di barisan pertahanan, dengan Kapten Borussia Dortmund, Mats Hummels menjadi salah seorang daripada sasaran mereka.

Tetapi penambahan pemain pada bulan Januari dianggap tidak mungkin selepas Louis van Gaal menegaskan bahawa beliau berasa sukar untuk memperbaiki prestasi skuadnya di pertengahan musim.

"Saya tidak fikir bahawa kita akan sangat aktif kerana tidak ramai pemain pada tahap tertentu ada pada masa ini," kata pemain Belanda.

"Saya telah mengatakan bahawa apabila kita membeli pemain dia perlulah lebih baik daripada pemain yang sedang bermain sekarang dan itu adalah tugas yang sukar."

Walau bagaimanapun, Balague, seorang peramal sukan dan wartawan untuk akhbar Sepanyol, mendedahkan bahawa Reds telah membuat tawaran yang agak besar untuk Otamendi.

Pemain Argentina itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford semasa David Moyes menyatakan perhargaannya terhadap persembahannya yang mengagumkan untuk Porto.

Reputasi beliau terus meningkat berikutan perpindahan musim panas ke Valencia, yang kekal di landasan yang betul untuk kelayakan Liga Juara-Juara musim ini.

Otamendi adalah antara pemain yang dikeluarkan daripada pemilihan pusingan akhir skuad Piala Dunia oleh Argentina, tetapi telah kembali memperoleh tempat dalam skuad negara.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan