PBNJ Jaga Kebajikan Gary Sepanjang Penggantungan

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan menjaga kebajikan Gary Steven Robbat sepanjang tempoh pemain berkenaan menjalani penggantungan tiga bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata baginda akan sentiasa menjaga kebajikan setiap pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Ya, saya akan menjaga kebajikan (Gary) dan sebagai presiden (PBNJ), sayaakan menjaga kebajikan pemain saya," katanya.

Tunku Mahkota Johor itu berkata demikian mengulas berhubung kebajikan pemain tengah pasukan kebangsaan itu yang digantung tiga bulan dan didenda RM50,000 oleh FAM kerana melanggar peraturan perpindahan pemain.

Dalam pada itu, Tunku Ismail menegaskan baginda tidak pernah menerimakeputusan FAM berhubung hukuman terhadap Gary dan PBNJ yang didenda RM100,000 kerana menandatangani kontrak bersama Gary, ketika pemain berkenaan masih menjadi pemain Harimau Muda A, seperti yang dilapor sebuah akhbar tempatan baru-baru ini.

"Semua tahu keputusan (denda) oleh FAM itu berat sebelah dan melibatkan jumlah yang besar. Kenapa Pahang (Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang) tidak dikenakan denda kerana turut menandatangani Gary sebelum pemain itu dilepaskan,"jelasnya.

Tunku Ismail berkata dalam era bola sepak masa kini, sesebuah persatuan bolasepak tidak boleh memaksa pemain beraksi bersama kelab terbabit, sebaliknya pemain seharusnya diberi kebebasan memilih pasukan yang ingin diwakili mereka. 

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail berkata pihaknya merancang mengadakansiri jelajah pasukan JDT ke seluruh negeri ini bagi bertemu dengan peminat pasukan berkenaan.

Beliau berkata majlis menghargai penyokong pasukan tersebut dirancang dijadikan acara tahunan dengan diadakan selama dua hari berbanding sehari, pada masa ini.

Tags / Kata Kunci: JDT , TMJ , Gary Steven Robbat

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan