FAM Ikat Perjanjian Dengan MP&Silva, Bakal Terima Pendapatan RM1.26 Bilion

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 3:16 PM

Tengku Abdullah mengumumkan mengenai kerjasama dengan MP & Silva pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membuka lembaran baharu menjelang penswastaan Liga Malaysia (Liga-M) apabila melantik MP & Silva sebagai rakan kongsi terkini yang memberi jaminan badan induk itu dengan pendapatan RM1.26 bilion dalam tempoh 15 tahun bermula 2016.

MP & Silva yang berpangkalan di London dan Singapura adalah syarikat yang menguruskan hak penyiaran antarabangsa ditugaskan untuk membantu FAM mendapatkan pelaburan daripada penaja berpotensi untuk Liga M musim ini.

Berdasarkan jaminan pendapatan yang bakal diberikan kepada FAM oleh MP & Silva untuk 2016-2021 ialah sebanyak RM420 juta (RM70 juta setahun), 2022-2024 RM255 juta (RM85 juta setahun), 2025-2027 RM276 juta (RM92 juta setahun) dan 2028-2021 RM309 juta (RM103 juta setahun).

Melalui perjanjian ini, FAM bakal menerima 40 peratus daripada RM70 juta setahun untuk tempoh enam tahun pertama dengan 30 peratus akan diagihkan kepada pasukan Liga-M.

Selebihnya akan digunakan untuk mengendali Liga-M, pengadilan serta pembangunan bakat muda.

Keputusan itu diumumkan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selepas Mesyuarat Exco khas pada Isnin dengan kerjasama itu akan dipacu menerusi penubuhan Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP) yang turut membabitkan penyertaan kelab dan ahli gabungan FAM.

“Exco FAM bersetuju meluluskan proses penswastaan liga dengan menjadikan pasukan Liga Super dan Liga Perdana sebagai rakan kongsi FAM. 

"Dalam struktur baru ini, pasukan yang menyertai liga akan mendapat bahagian masing-masing hasil daripada keuntungan komersial selepas ini.

“Kita berjaya mendapatkan pelaburan bernilai RM1.26 bilion untuk tempoh 15 tahun daripada MP & Silva dan mereka akan bekerjasama dengan FMLLP untuk menjana pendapatan lebih besar untuk pasukan dan pemegang saham.

“Namun ingin saya tegaskan, hak ke atas harta intelek ini iaitu Liga Malaysia masih dalam kawalan FAM kerana kita mahu memastikan ia selari dengan hala tuju ditetapkan,” katanya yang mengesahkan perjanjian kerjasama dengan MP & Silva secara rasmi akan dilakukan Jumaat ini," jelasnya.

Sebelum ini, FAM menjual hak penyiaran dan komersial kepada syarikat televisyen berbayar, Astro. 

Dalam perjanjian yang dilakukan 2011-2014, FAM menerima pendapatan berjumlah RM120 juta keseluruhan.

Tags / Kata Kunci: MP&Silva , FAM

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan