Impian Cheng Hoe Bawa Kedah Ke Liga Super 2016

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 4:26 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sentuhan bekas pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe ke atasan pasukan Kedah musim lalu menjadi perhatian dengan prestasi mendadak pasukan sepanjang musim.

Rekod mara ke separuh akhir dalam saingan Piala Malaysia menjadi pengalaman berharga buat skuad Sang Kenari ini selepas beberapa tahun suram dengan aksi menarik.

Pengalaman pahit manis musim lalu dijadikan rujukan buat Cheng Ho dalam persediaan menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

"Setakat ini persiapan pasukan berjalan lancar dan kami masih lagi mempunyai masa untuk memperbaiki apa sahaja yang dilihat boleh mengganggu persembahan nanti.

"Dalam beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum ini,  saya akui masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, lebih-lebih lagi di bahagian serangan.

"Pada Rabu kami akan meneruskan perlawanan persahabatan bertemu Sime Darby sebelum berjumpa dengan pasukan Kelantan 26 Januari ini.

"Dan dalam masa sama, saya juga sedang cuba mengukuhkan lagi persefahaman antara pemain import dan pemain tempatan," jelasnya ketika dihubungi mStarOnline pada Selasa.

Menurut Cheng Hoe, ujian pertama musim lalu bersama pasukan ini berjaya ditempohi dengan baik hasil kerjasama pegawai persatuan, semua pemain dan juga sokongan padu daripada penyokong-penyokong Hijau Kuning.

"Musim pertama mengendali skuad ini bukanlah sesuatu yang mudah dan saya gembira kerana semuanya berjalan lancar.

"Pun begitu, saya tidak akan berasa berpuas hati selagi tidak membawa pasukan ini layak ke aksi Liga Super 2016.

"Dan itulah sasaran peribadi saya musim ini. Malah ianya juga adalah harapan semua pegawai persatuan, penyokong untuk melihat kami bermain di peringkat liga yang lebih tinggi," katanya.

Senarai pemain Kedah musim 2015:

Abd hadi Abd Hamid, Mohd syazwan Bbdullah, Husairi Ibrahim, Mohd Rizal Ghazali, Khairul Helmi Johari Shafizan Hashim, P.Rajes, Mohd Sabree Mat Abu Henry Lew Han Hung, Lawrence Olum (Kenya), Mohd Raphi Azizan Mariappen, Syazwan Tajudin Shazuan Asyraf Matthews, Muhd Farhan Roslan, Solihin Kanasian Abdullah, Baddrol Bakhtiar, Mohd syamim Aliff Mohd Sobri, Mohd Hanif Mat Zahir, Mohd Syazwan Zainon, Bang Seung Hwan (korea), Muhd Syafiq Ahmad, Ahmad Shakir Mohd Ali, Keith M Nah (Liberia), Chidi Edeh (Nigeria).

Tags / Kata Kunci: Pasukan Kedah , Tan Cheng Hoe

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan