Kevin Mirallas Gagal Sempurnakan Penalti Yang 'Dicuri'

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 7:48 AM

Mirallas ketika melakukan sepakan penalti.

(Ubah saiz teks)

PEMAIN tengah Everton Kevin Mirallas dikeluarkan dari padang pada separuh masa kedua selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti yang tidak sepatutnya dilakukannya.

Pemain tengah Everton Kevin Mirallas menimbulkan kemarahan pengurusnya selepas mengabaikan arahan untuk mengambil penalti ketika menentang West Brom dan sepakan itu berjaya diselamatkan penjaga gol lawan.

The Toffees telah dianugerahkan sepakan penalti pada separuh masa pertama selepas Joleon Lescott dijatuhkan di dalam kotak.

Bagaimanapun, sepakan itu tidak diambil oleh pengambil penalti tetap Leighton Baines, apabila Mirallas meyakinkan Baines bahawa dia akan menyempurnakan sepakan itu, memegang bola dan tidak melepaskannya daripada genggamannya.

Pemain Belgium itu kemudian tidak muncul semula bagi separuh kedua.

Terdahulu, pada Isnin dilaporkan bahawa Tottenham menolak untuk suatu siasatan terhadap Mirallas dijalankan.

Selepas pelanggaran undang-undang ini, ia mungkin akan dijalankan.
Tags / Kata Kunci: Kevin Mirallas , penalti

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan