Abdul Rahman Beri Bayangan Musim Terakhir Bimbing Terengganu

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 7:16 PM

Abdul Rahman Ibrahim

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pengendali pasukan Terengganu, Abdul Rahman Ibrahim memberi bayangan musim terakhirnya bersama pasukan berkenaan tahun ini, selepas dua musim membimbing skuad Penyu itu.

Abdul Rahman, 69, anak jati Terengganu yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun membimbing pasukan bola sepak tempatan dan luar negara, dijangka meninggalkan skuad Terengganu pada penghujung musim ini.

Pernah menabur bakti membimbing pasukan kebangsaan dari 1998 hingga 2000, beliau yang enggan mengulas lanjut, berkata hanya masa menentukan kedudukannya pada penghujung musim ini dalam arena bola sepak tempatan.

"Ini mungkin musim terakhir saya, tengoklah keadaan...sudah sampai masa atau macam mana saya akan beritahu. Cuma sekarang, saya hanya mahu fokus kepada pasukan Terengganu dalam mengharungi musim baharu ini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Mengulas sasaran bagi musim baharu ini, Abdul Rahman berkata sebagai jurulatih, beliau akan berpuas hati sekiranya anak didiknya berjaya mencapai kedudukan dalam kelompok tiga teratas dalam saingan Liga Super.

"Semua pasukan semestinya ingin merangkul piala. Bagaimanapun, kita perlu lihat pada skuad dan negeri lain yang bertanding pada musim ini.

"Sasaran menduduki sekurang-kurangnya di tangga ketiga mungkin lebih realistik dan pastinya pemain akan berusaha keras," katanya.

Untuk rekod, selaku jurulatih Abdul Rahman pernah menjulang Piala Malaysia pada 2006 bersama pasukan Perlis.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan