Isu Gary Bukti Jelas FAM Perlukan Transformasi - KFA

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 6:48 PM

Gary Steven Robbat

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kontroversi berhubung keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terhadap status bekas pemain Harimau Muda A, Gary Steven Robbat membuktikan betapa badan induk bola sepak negara itu amat memerlukan transformasi menyeluruh.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Aminuddin Omar berkata, transformasi menyeluruh itu perlu memberi fokus terhadap aspek pematuhan FAM terhadap peraturan yang dibuat sendiri oleh mereka.

"Transformasi itu perlu memberi fokus mendalam terhadap aspek pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh FAM sendiri," katanya yang juga Exco Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kedah kepada Bernama, Isnin.

Transformasi yang dicadang dilakukan terhadap FAM itu, beliau berkata  menghendaki persatuan tersebut supaya sentiasa telus dalam isu mengenai status pemain negeri yang sedang berkhidmat dengan pasukan kebangsaan.

Dalam isu Gary, Aminuddin berkata KFA hanya mematuhi peraturan yang dibuat oleh FAM yang menghendaki pemain kebangsaan kembali ke persatuan negeri masing-masing selepas kontrak mereka dengan FAM tamat.

Sebelum ini, KFA menyatakan Gary yang telah tamat kontrak dengan pasukan kebangsaan, perlu kembali ke Kedah terlebih dahulu seperti mana mengikut peraturan FAM itu sendiri, sebelum berhijrah ke negeri atau kelab lain.

Namun, badan induk bola sepak negara itu memutuskan, Kedah juga tidak berhak memiliki bekas pemain Harimau Muda A kelahiran Kulim, Kedah itu selepas FAM mendapati dia memulakan karier bola sepak bersama Harimau Muda C.

FAM juga menggantung bekas pemain Harimau Muda A itu selama tiga bulan serta denda RM50,000 kerana menandatangani kontrak dengan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebelum kontraknya dengan FAM tamat.

Gary akan berstatus 'Ejen Bebas' selepas tamat tempoh penggantungannya dan bebas menandatangani kontrak dengan mana-mana pasukan.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata peraturan melibatkan pemain kebangsaan yang perlu kembali ke negeri asal selepas kontrak mereka dengan FAM tamat, perlu dikuatkuasakan terhadap semua pasukan.

"Janganlah peraturan itu hanya terkena kepada negeri lain, tetapi apabila ia melibatkan pasukan tertentu mereka terlepas. Ini suatu diskriminasi kepada pasukan-pasukan negeri," katanya.

Persiapan pasukan-pasukan negeri untuk menghadapi Liga Super dan Liga Perdana musim ini, kata Aminuddin turut terjejas disebabkan isu berpanjangan membabitkan bekas pemain Harimau Muda A itu.

Beliau berkata, tindakan KFA mempertahankan Gary bukan bermakna pasukan itu terlalu bergantung kepada pemain berkenaan, sebaliknya ia hanya ingin peraturan yang dibuat sendiri oleh FAM, dipatuhi.

KFA buat masa ini, kata Aminuddin tidak bercadang mengemukakan rayuan memandangkan keputusan FAM terhadap isu Gary itu adalah muktamad.

Tags / Kata Kunci: KFA , Aminuddin Omar , Gary Steven Robbat

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan