Falcao Belum Bukti Dia Layak Dapat Kontrak Tetap - Van Gaal

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 8:25 AM

Masa depan Falcao bersama United secara tetap masih samar.

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United mengakui Radamel Falcao boleh mendapat kontrak tetap di Old Trafford, namun perlu membuktikan dia layak untuk berada di kelab ini.

Kedatangan Falcao ke United secara pinjaman dianggap menguntungkan namun sejak kebelakangan ini tahap kecergasan bintang Colombia itu diragui, malah corak permainannya tidak sepadan dengan gaya sentuhan Louis van Gaal.

United membayar 6 juta pound (RM32.32 juta) untuk mendapatkan Falcao secara pinjaman, tetapi malangnya dia gagal mempamerkan aksi terbaik dan hanya menjaringkan tiga gol dalam aksi liga musim ini.

Falcao juga tidak disenaraikan dalam barisan pemain utama menjelang perlawanan menentang Southampton awal pagi Ahad.

Van Gaal berkata, dia belum berminat untuk mengikat pemain berusia 28 tahun itu secara tetap yang bernilai 50 juta pound (RM269.34 juta).

"Dia perlu membuktikan dia layak. Kami telah membuat perjanjian yang jelas. 

"Perjanjian belum lagi berakhir, jadi dia perlu berubah," jelasnya.

Sebelum ini ejen pemain itu, Jorge Mendes berkata, dia belum pasti masa depan Falcao bersama United.

Tags / Kata Kunci: Radamel Falcao , Louis van Gaal

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan