Penggantungan Gary: KFA Kecewa Dengan Keputusan FAM

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 7:15 AM

Mukhriz Mahathir.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) amat kecewa dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di dalam isu status pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Presiden KFA, persatuan negeri hanya mempertahankan peraturan yang dibuat oleh FAM iaitu pemain Harimau Muda perlu kembali ke negeri terlebih dahulu.
 
"Kita amat kecewa dengan keputusan FAM kerana kita hanya mempertahankan peraturan yang dibuat sendiri oleh persatuan bolasepak negara yang menghendaki pemain Harimau Muda yang tamat kontrak supaya kembali ke negeri masing-masing," katanya di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan bantuan bencana banjir sebanyak RM300,000 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang juga pengerusi MAIWP serta 100 kotak sabun pencuci daripada Muslimah Manufacturing Sdn Bhd di sini malam ini.

Mukhriz berkata keputusan FAM mengisytiharkan Gary yang berasal daripada Kulim sebagai ejen bebas selepas tempoh penggantungan tiga bulannya tamat seolah-olah menidakkan tugas KFA di dalam menggilap potensi pemain Harimau Muda itu.
 
FAM yang bermesyuarat hari ini menggantung Gary selama tiga bulan berkuatkuasa hari ini dan mengenakan denda sebanyak RM50,000, selain mengisyhtiharkan pemain itu sebagai milik Harimau Muda C di bawah FAM dan bukan Kedah.
 
"Keputusan FAM itu seolah-seolah menunjukkan kita tidak ada jasa langsung di dalam karier Gary," katanya sambil menambah, potensi Gary digilap di Kedah terlebih dahulu sebelum beliau diterima masuk ke sekolah sukan di luar negeri ini.

Beliau juga berkata, keputusan FAM mengenai isu Gary itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap negeri-negeri yang memiliki pemain dengan pasukan kebangsaan sama ada mereka perlu melepaskan mereka untuk tugas-tugas kebangsaan.

Apa yang perlu selepas ini katanya, pemain-pemain negeri yang dikehendaki berkhidmat dengan pasukan kebangsaan diikat dengan perjanjian yang ketat dengan FAM bagi memastikan pemain itu kembali ke negeri asal selepas tamat khidmat mereka dengan pasukan kebangsaan.
 
"Mereka (pemain-pemain negeri) perlu mempunyai perjanjian," katanya tentang kedudukan dua pemain Kedah, Farhan Roslan dan Shazwan Tajuddin yang dipanggil oleh FAM untuk menjalani latihan dengan pasukan kebangsaan.

Mukhriz juga menyuarakan kebimbangannya terhadap peningkatan mendadak gaji pemain-pemain setiap tahun yang akan membebankan persatuan negeri yang tidak mempunyai sumber dana yang besar seperti Kedah dan mahukan perkara itu dikawal.

Katanya, terdapat kemungkinan bolasepak di negara hanya dikuasai oleh beberapa negeri yang kaya dan mempunyai pelbagai sumber kewangan.

Tags / Kata Kunci: penggantungan Gary Steven Robbat , KFA , FAM

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan