Pengurus Sabah, Pemain Import 'Hilang'

Diterbitkan: Sabtu, 17 Januari 2015 9:07 PM

George O'Callaghan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) mengambil tindakan drastik dengan menggugurkan pengurus pasukan George O'Callaghan dan pemain import dari Singapura, Fazrul Nawaz daripada skuad Liga Perdana musim ini.

O'Callaghan, bekas pemain Ireland berusia 35 tahun itu dan Fazrul, yang masing-masing mempunyai kontrak dengan SAFA sehingga 31 Disember ini, dikatakan 'hilang' dan gagal dikesan.

Berikutan itu, Ketua Pegawai Eksekutif SAFA, Datuk Seri TC Goh mengambil alih tugas O'Callaghan manakala SAFA sedang berurusan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mengisi satu lagi kekosongan slot pemain import.

Berita mengenai nasib O'Callaghan dan Fazrul didedahkan oleh Goh pada majlis pengenalan skuad Liga Perdana Sabah 2015 dan pelancaran jersi baharu pasukan itu di sini, Sabtu.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Presiden SAFA merangkap Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Goh memberitahu pemberita bahawa O'Callaghan dan Fazrul sehingga kini tidak dapat dihubungi dan pihak persatuan terpaksa menggugurkan mereka serta membuat aduan kepada FAM dan FIFA untuk tindakan susulan.

"O'Callaghan gagal menggalas tugasan sebagai pengurus dan tidak memberi contoh terbaik kepada pengurusan. Dia terpaksa digugurkan kerana gagal dijejaki meskipun memiliki baki kontrak bersama SAFA sehingga Disember ini," katanya.

O'Callaghan, yang mengikat kontrak tahun lepas, bertindak sebagai jurulatih dan pengurus pasukan.

Ekoran tindakan itu, SAFA telah melantik Justin Ganai sebagai ketua jurulatih. Kempen Liga Perdana dijadual bermula 6 Februari ini.

Mengenai barisan pemain Sabah, Goh berkata ia belum muktamad dan SAFA bersedia membuat rombakan pada saat-saat akhir menjelang kempen musim ini.

"Sekiranya berlaku perubahan atau rombakan pada barisan pemain dan pengurusan pasukan sebelum atau pada 6 Februari ini, itu adalah sebagai langkah mengukuhkan prestasi pasukan Sabah," katanya.

Setakat ini pemain import yang bakal beraksi dalam Liga Perdana mewakili Sabah adalah bekas penyerang Liverpool, El Hadji Diouf dan penyerang Libya, Eamon Zayed serta bekas pemain pertahanan Hull City, Abdoulaye Fay.

Sabah menamatkan kempen Liga Perdana 2014 dengan menduduki tempat ketujuh dan bertekad untuk kembali ke Liga Super musim depan.

Tags / Kata Kunci: SAFA , George O'Callaghan , Fazrul Nawaz

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan