Sabah Nafi Mahu Tebus Kontrak Kim Swee

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 10:13 AM

Kim Swee terus mengunci mulut mengenai statusnya bersama Sabah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) menafikan laporan beberapa akhbar tempatan yang mendakwa mereka bersedia menebus baki kontrak bekas pengendali skuad Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mencecah RM500,000.

Setiausaha Kehormat Safa, Alijus @ Mohd Ali Sipil berkata pihaknya tidak pernah mengadakan perbincangan dengan jurulatih berusia 44 tahun itu memandangkan beliau masih terikat dengan FAM sehingga Disember tahun ini.

"Kita memang berminat untuk dapatkan khidmat Kim Swee dalam pasukan Sabah namun kita perlu menghormati kontrak beliau dengan FAM.

"Kita tidak mahu membelakangkan FAM kerana kita merupakan ahli gabungan mereka...Sekiranya beliau sudah dibebaskan oleh FAM, baru kita akan mengadakan perbincangan dengan beliau (Kim Swee)," katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menolak dakwaan bahawa badan induk itu bersedia untuk melepaskan Kim Swee kepada mana-mana pasukan.

"Saya telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa kita tetap akan terus menggunakan khidmat Kim Swee dan beliau akan meneruskan tugasnya membimbing skuad B-23 negara ke Sukan SEA Singapura, Jun ini," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Kim Swee sedia mempertimbangkan tawaran daripada pasukan lain selepas FAM memutuskan untuk menggabungkan skuad Harimau Muda A dengan Harimau Muda B kendalian Razip Ismail pada mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Belia, Disember lepas.

Ekoran penggabungan tersebut, FAM membubarkan pasukan Harimau Muda A dan diganti dengan skuad Harimau Muda yang bakal menggalas cabaran negara pada Sukan SEA 2015 di Singapura dari 5 hingga 16 Jun ini.

Penghijrahan Kim Swee ke Sabah turut dihangatkan dengan ketiadaan PengarahTeknikal Sabah Rhino, George O'Callaghan pada sesi latihan skuad Sabah Rhino sejak beberapa hari lepas.

Beberapa laman sosial penyokong bola sepak Sabah turut mendakwa bahawa Kim Swee hadir pada aksi persahabatan antara pasukan berkenaan dengan Sarawak di Stadium Negeri Sarawak di Petra Jaya, Kuching, minggu lepas.

Sebagai rekod, Kim Swee pernah beraksi bersama Sabah dari 1994 sehingga1998.

Antara kejayaan yang pernah diraih pengendali kelahiran Melaka itu sepanjang mengendalikan skuad Harimau Muda A adalah muncul juara Sukan SEA 2011 di Indonesia, juara Newspaper Cup pada 2012 di Vietnam serta Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 di Pahang. 

Tags / Kata Kunci: Sabah , Ong Kim Swee , FAM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan