Copa del Rey: Saya Bukan Dari Planet Lain - Ronaldo

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 9:59 AM

Ronaldo melangkah keluar padang dengan kecewa selepas pasukannya tewas kepada Atletico Madrid dalam saingan kelompok 16 pasukan sekaligus gagal mempertahankan trofi Piala Raja Sepanyol yang dijulang tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo memohon maaf kepada penyokong-penyokong kelab itu selepas tewas dalam saingan 16 pasukan Copa del Rey (Piala Raja Sepanyol) kepada Atletico MAdrid awal pagi Jumaat.

Sebelum perlawanan Ronaldo menunjukkan trofi Pemain Terbaik Dunia 2014 (Ballon d'Or) yang dimenangi  Selasa lalu kepada penyokong-penyokong di Bernabeu.

Pada perlawanan tersebut, Ronaldo gagal menambah jaringan selepas kedua-duanya terikat seri 2-2 sehingga tamat perlawanan aksi timbal balik ini.

Perlawanan pertama sebelum ini menyaksikan Atletico Madrid menang 2-0 sekaligus mencatat agregat 4-2 dan bakal bertemu Barcelona pada saingan suku akhir nanti.

Bagaimana pun Ronaldo turut menyamakan kedudukan pada minit ke-54 selepas Ramos meledak gol kedua perlawanan pada minit ke-20.

Dua gol Atletico Madrid dijaringkan oleh bekas penyerang Chelsea, Fernando Torres (m-1,46').

"Sesuatu yang mustahil untuk mempamerkan aksi 100 peratus dalam setiap perlawanan.

"Saya bukan dari planet lain. Saya mewakili pasukan  memohon maaf, mungkin kami sudah melakukan yang terbaik," jelas penyerang Portugal ini.

Pada aksi tahun lalu, Real Madrid menjulang trofi ini kali ke-19 selepas menewaskan Barcelona di pentas akhir dengan keputusan 2-1.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan